Thursday 28 July 2011

Wanita Anggun Bergaya

Khas untuk Wanita Sahaja, 
sesi "Wanita Anggun Bergaya" bersama Pakar Kecantikan 
pada setiap hari SABTU dan AHAD (10.00am hingga 12.30pm)
di USJ9 Subang Jaya 

terbuka kepada semua WANITA. 
Bayaran hanya serendah RM10.00 sahaja. 

Untuk mendapatkan TIKET, 
sila hubungi saya (012-7711 621).


Untuk CANTIK perlu ada ILMU, 
      anda akan temuinya ILMU yang DICARI itu, 
di sesi WANITA ANGGUN BERGAYA.


Mari , Dapatkan Tiket Segera untuk Kebaikan Anda
hubungi : 012-7711 621

Akademi Taipan 181 Kukuh Kerana Muafakat Graduannya

Akademi Taipan 181 kukuh, hebat, digeruni, disayangi, ditakuti, dikenali kerana muafakat yang diamalkan oleh semua Graduan yang dilahirkannya. "Bersama dan Bersatu" adalah rahsianya dan lagu temanya "Jika Kau Fikirkan Kau Boleh".
Inilah sebahagian Graduan Akademi Taipan 181 yang menghayati Bersama dan Bersatu. Tidak kira apa jua latarbelakang mereka, Akademi Taipan 181 mahu mereka berjaya.

Kekuatan Akademi Taipan ini bermula dari kecil umpama Buluh Madu yang ditanam seperti gambar dibawah ini. Alahai....kecil sahaja....TETAPI ...kini ia telah membesar.
Bila sudah membesar....ia seperti ini.....FUH! tak percaya.
Lihatlah dari hanya sebatang Buluh sahaja, kini ia membesar.  Dulu kerdil kini berdiri sama tinggi dengan pokok yang lain. Pepatah Melayu : Sikit Sikit lama lama jadi BUKIT.

Berikut adalah gambar pokok Nangka Madu yang telah mengeluarkan hasilnya.  Sama jua seperti Buluh Madu.  Dahulunya rendah dan kini Besar dan telah mengeluarkan hasilnya.
Lihat gambar ini jua
 Ini jua untuk dihayati yang tersirat.

Akademi Taipan 181 memiliki semua ramuan yang istimewa bagi melahirkan ramai Graduannya yang berjaya memiliki Pendapatan yang Lumayan, Penggunaan Masa yang Singkat dan Cepat dan Kerja yang Mudah Dibuat.

Pertanyaan hubungi
haji nasir
012-7711 621

Akademi Taipan 181 mengutamakan pembangunan insan setiap bakal graduannya

Akademi Taipan 181 sentiasa proaktif menyediakan modul yang praktikal untuk dilaksanakan oleh bakal graduannya.  Modul berkenaan disampaikan oleh mentor dan pensyarah Akademi Taipan 181. 
Ini adalah sebahagian bakal graduan Akademi Taipan yang hadir. Mereka sedang menghayati modul yang disampaikan oleh penyarah akademi.
Ini adalah dua orang pensyarah yang berkongsi ilmu bagi modul berkenaan iaitu CDM Kartini dan CDM Faridah.  Mereka tidak lokek berkongsi pengalaman demi kejayaan graduan Akademi Taipan 181.
 Bakal graduan ini sedang mempraktikan modul yang dipelajari.
Ini juga bakal graduan yang akan dilahirkan oleh Akademi Taipan 181 untuk tahun ini.

Rasulullah s.a.w bersabda "Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat". Ilmu yang dipelajari  apabila diamal umpama Pokok yang rendang dan berbuah lebat manakala ilmu yang dipelajari tidak diamal umpama Pokok yang rendang tetapi tidak pernah berbuah pun.


Wednesday 27 July 2011

Perniagaan yang kukuh umpama Solat Berjamaah

Setiap insan inginkan memiliki Pendapatan yang Lumayan, Masa dilakukan Singkat, Kerja yang dibuat Mudah.
Ia hanya diperolehi dengan Berniaga kerana 9/10 sumber rezeki melalui Perniagaan seperti yang Rasulullah s.a.w sabdakan.
Di Akademi Taipan 181, setiap kejayaan graduannya dihargai. Kali ini sebuah Tablet Samsung Galaxy menjadi imbuhan bagi individu yang mencapai tawaran yang di offer oleh Akademi Taipan 181.

Beliau insan biasa sahaja, tiada memiliki ijazah atau diploma dan hanya bekerja sebagai seorang pekerja kilang di utara tanah air. Kini memiliki pendapatan sebulan 22 ribu.

Bagi memiliki Perniagaan yang kukuh, perlu contohi Solat Berjamaah.  Bagi terlaksana solat berjamaah, perlu ada seorang pemimpin dan ada pengikut yang setia mengikut setiap perkara yang dilakukan oleh Imam.

Makmum tidak boleh mendahului perkara yang Imam lakukan. Setiap rukun perlu dilakukan dengan tertip sehinggalah rukun terakhir memberi salam.
Beginilah solat yang dilakukan secara berjemaah, kemas, cantik, 5 star, berdisiplin dan mampu menjadi penyebab insan yang bukan Islam memeluk Islam hanya dengan melihat pelaksanaan solat secara berjamaah.

Lihatlah solat yang dilaksanakan tidak secara berjamaah, tiada seri, tiada roh, tidak cantik, berterabur dan tiada keindahannya untuk insan yang bukan Islam jatuh hati dengan Islam.

    Islam itu indah dan cara hidup.  "Islam is The Way of Life"

Kejayaan Islam semasa Zaman Para Sahabat kerana mereka menghayati maksud Islam is The Way of Life.
Solat berjamaah menjadi budaya mereka seperti kita di zaman moden ini membudayakan membaca akhbar, melihat emel dan facebook.

Berniaga perlu berjemaah, ia memberi kekuatan untuk semua ahlinya berjaya, seperti yang dilaksanakan di Akademi Taipan 181 di seluruh negara.

Tuesday 26 July 2011

Perniagaan juga perlu Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)

Kini Sektor Kerajaan diwajibkan memiliki Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) dalam bentuk berdokumen untuk rujukan semua yang terlibat.

Ini adalah page hadapan slide penerangan PKP.
Ini adalah sebahagian peserta bengkel PKP yang terlibat menyediakan perkara berkenaan.

Dunia perniagaan sungguh luas, semenjak zaman Nabi Adam a.s. sehingga kini pelbagai peristiwa berlaku. Sama ada suka, duka, sedih, gembira, terperanjat, terkejut dan sebagainya. Itulah "Warna-Warna Kehidupan".

Perniagaan melalui pusingan roda seperti jam, ada waktu ia berada di atas (top), ada waktu di bawah (bottom), ada waktu menurun, ada waktu menaik. Bagi seorang berstatus USAHAWAN BERJAYA, mereka telah melalui semua ini. Lihatlah contoh (pengasas resepi KFC, pengasas jenama Sendayu Tinggi, pemilik syarikat Beras Faiza, Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman, pemilik Ramli Berger, Kehebatan Empayar Perniagaan Global Ikhwan dan jutawan senyap di pasar malam).

Apabila perniagaan merosot, Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan perlu dilaksanakan. Perancangan long-term telah disediakan semasa perniagaan bermula dan semasa perniagaan berada di atas (top). Jangan lewat menyediakan keperluan semasa perniagaan merosot, nanti rugi besar yang akibatnya gulung tikar.

Akhir kata, ingat 5 sebelum datang 5
muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati

Sunday 24 July 2011

Urusan Perkahwinan juga ibarat Urusan dalam Perniagaan

Sabtu, 23 Julai 2011 yang lalu, saya telah hadiri kenduri kawin anak sedara yang mengajar di Sarawak, Nurul Huda. Meriah majlisnya walaupun tiada bunyi kompang kerana menghormati jiran yang dilanda kesedihan, ahli keluarga meninggal dunia. Inilah "warna-warna kehidupan".
 Itulah dia Nurul Huda, pengantin perempuan, lokasi lensa di surau berhampiran rumah pengantin perempuan. Upacara nikah tidak dijalankan di masjid kerana kawasan sekitar masjid tidak dapat dimasuki kerana sedang berlangsung Pasar Sabtu. Siapa singgah Chenderong Balai, Perak pada pagi Sabtu, boleh mai singgah pasar sabtu ye...
Inilah dia pengantin lelaki berasal dari Terengganu sedang melalui prosidur biasa bagi urusan akad nikah. 
 Para ibu-ibu sedang membantu sebagai ahli pasukan menyediakan keperluan untuk ramuan istimewa masakan majlis.
-
 Para petugas lelaki mengenakan tema pakaian kuning bersih 2.0 sebagai trent terkini sebaga kenangan supaya detik dan tarikh keramat ini sentiada di ingati. 
Tiada rotan akar pun berguna, bagi petugas lelaki yang tiada baju kuning bersih 2.0, mereka memakai baju kuning kosong supaya nampak team work, sehati sejiwa.  Ikut trent semasa. Warna kuning itu warna DIRAJA dan warna yang ada di Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
Ini adalah gelagat 3 orang panglima yang akan menggegar dunia di zaman Imam Mahdi memerintah dunia
Urusan Perkahwinan ibarat Urusan Perniagaan, nampak pelik tapi ada kebenarannya. Mari saya cerita.

1. untuk memiliki status berkahwin, yang bujang perlu mencari pasangannya yang sesuai.
2. setelah ditemui calonnya perlu dirisik, setelah dirisik jika sesuai dipinang. seterusnya bertunang, akhirnya di ijab qabul (nikah). barulah sah status berkahwin.
3. setelah berumahtangga, pelbagai perkara manis, masam, pahit, kelat, suka, duka dan lain-lain rasa dilalui.
4. ada yang kekal hingga akhir hayat, ada yang berpisah kerana meninggal dunia dan ada yang bercerai.

Perniagaan sama jua ceritanya, Mari saya cerita.
1. untuk memilih perniagaan yang secocok dengan kita, perlu dicari dari utara, selatan, timur dan barat.
2. setelah ditemui calonnya, perlu dirisik, setelah itu barulah dipilih. 
3. apabila dah dipilih kita akan penuhi syarat yang diperlukan supaya perniagaan itu bergerak.
4. perlu modal (diri sendiri, rm, ilmu, mentor, teknologi)
5. setelah berniaga, pelbagai perkara manis, masam, pahit, kelat, suka, duka dan lain-lain rasa dilalui.
6. ada yang kekal hingga akhir hayat, ada yang separuh jalan dan ada yang gulung tikar punca diri sendiri.

inilah pandanganku untuk renungan pembaca budiman, yang baik silalah jadikan contoh untuk diamalkan.
yang anda tidak setuju, jadikanlah ia sebagai sebahagian "warna-warna kehidupan"

Thursday 21 July 2011

Belajar mengenali Blog

Ini adalah tarikh keramat bermulanya era baru ku yang telah punyai blog sendiri.