Wednesday 24 August 2011

Cabaran Mendaki Gunung Kinabalu umpama Membina Perniagaan Sendiri

Tanggal 7 Julai 2011 tepat pukul 7.15 pagi, puncak Gunung Kinabalu telah dapat ku daki. 
Inilah buktinya bergambar dipuncaknya


Sijilnya adalah seperti dibawah ini.


Mendaki Gunung Kinabalu umpama membina perniagaan sendiri juga kerana perlu ada ilmu mendaki, ilmu latihan kecergasan dan ilmu yang berkaitan.

Setelah ada ilmu, perlu dipraktikan ilmu itu supaya mampu melepasi halangan yang diterima. Ia umpama berniaga tetap ada halangan yang perlu dilalui. halangan diri sendiri dan halangan persekitaran.


Ini adalah sebahagian daripada 19 orang pendaki yang bersama saya. 

Saturday 20 August 2011

Biozone Food mengeluarkan bahan merbahaya dari ikan ayam mentah

Biozone food berfungsi mengeluarkan bahan kimia merbahaya daripada makanan mentah yang kita beli di Pasar (Pasaraya, Tesco, Giant, Pasar Tani dll)

Ini gambar proses purifikasi dijalankan.

 Gambar ayam dan ikan sebelum dijalankan proses purifikasi dengan Biozone food.


Dibawah ini gambar setelah di purifikasi dengan Biozone food. Lihatlah bahan kimia merbahaya yang dikeluarkan berada dipermukaan air.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info lanjut sila hubungi saya di talian 012-7711621
Bagi yang berhajat memiliki Biozone food untuk keperluan penjagaan kesihatan, sila hubungi saya segera.

Majlis Berbuka Puasa Warga Akademi Taipan 181

Tanggal 20 Ogos 2011, Akademi Taipan 181 telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua warga Akademi Taipan 181 di USJ9. Ia bersebelahan Masjid Al Falah USJ9.


Juadah Utama ialah Tom Yam Udang Galah, Ayam Goreng Kunyit Bercili, Ikan Masin, Ulam-Ulam dan Sambal Belacan. Lihatlah gambarnya.






Suasana meriah kerjasama semua yang hadir di dalam menyusun juadah berbuka puasa bersama-sama. Semangat "Bersatu dan Bersama" dizahirkan. Tiada beza antara guru dan mentor, kru dan ahli biasa, anak-anak dan ibubapa.







Tidak lupa juga kru jurukamera yang tidak asing di Akademi Taipan 181, inilah orangnya.


Bergambar bersama pakar pengatur stategi Akademi Taipan 181, Che Din yang simple.


Inilah suasana yang sempat dirakamkan oleh lensa kemera ini di majlis berbuka puasa Akademi Taipan 181.


Juadah yang menyelerakan, terima kasih ke atas semua yang menyediakannya.


Gambar Isteriku bersama tiga orang cahaya mata.

Syawal nanti kita jumpa di Jamuan Hari Raya Akademi Taipan 181....biasanya dibuat di Kinrara.
Jumpa anda di sana....sana....

Monday 8 August 2011

Marilah Bantu Mereka Ini

Sempena Bulan Ramadhan yang diberkati dan ganjaran pahala yang berganda, marilah kita membantu mereka yang memerlukan antaranya:

                   i) anak yatim
                  ii) anak fakir miskin
                iii) OKU
               iv) ibu tunggal
              v) asnaf zakat (golongan yang layak menerima zakat)

Jika anda tidak tahu dimana hendak mencari mereka, rujukkan  6 rumah amal berikut:





rujuk internet untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana untuk memberi sumbangan kepada mereka.

Penyumbang dapat pengecualian cukai pendapatan dengan meminta resit dari rumah amal.

Sunday 7 August 2011

Sertailah Projek Kebajikan Ramadhan Rumah Amal Nur El Amin



Berikut adalah program yang dilaksanakan oleh Rumah Amal Nur El Amin sempena Ramadhan tahun ini.
Kelebihan bagi anda yang menyertainya ialah:

1. sampai kiriman pahala untuk ahli keluarga yang telam meninggal dunia.
2. membantu anak yatim di bulan ramadhan dan besar pahala anda perolehi.
3. rezeki pendapatan anda bertambah setelah memberi  kepada anak yatim.

Berbuka Puasa Tahun 2011


Demi penjimatan (wang, petrol, masa, tenaga, dosa) saya ambil keputusan berbuka di masjid sahaja, ia telah saya buat juga pada Ramadhan tahun lepas.


Saya berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Masjid ini dikenali juga dengan nama MASJID BESI, kerana banyak besi dan keluli digunakan. Itulah konsepnya.




Beginilah suasana berbuka puasa di Masjid 
 Beginilah ramainya jemaah lelaki yang berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan. Seronok bagi yang menghayati maksud makan berjamaah yang berkat walaupun sedikit.
                   Pemandangan ramai juga jemaah wanita berbuka puasa di Masjid ini, ada yang bersama keluarga, ada yang masih bujang bersama kawan-kawan,  mungkin juga ada yang datang dengan boyfriend. Namun ku bersangka baik.

Setelah selesai menunaikan Solat Maghrib, beratur panjang untuk menjamu hidangan yang disediakan.



 Bulan Ramadhan adalah bulan rebutan bagi mukmin yang bertaqwa.

Wednesday 3 August 2011

Bantulah Mereka Ini, RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)


Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Manusia Lain


Sukacita dimaklumkan bahawa “RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)” ini telah mula beroperasi pada Januari 2010. Ianya berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang ibubapanya berpisah dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan dan perlindungan mereka.

Buat masa ini RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)ini menjaga seramai 60 orang penghuni di mana perbelanjaan bulanannya sudah menghampiri RM30,000.00 untuk membiayai makan minum, pengangkutan, sewa asrama, utiliti, perubatan, pendidikan, saguhati untuk petugas-petugas dan lain-lain. Pihak kami sentiasa berusaha mendapatkan sumbangan dari pelbagai pihak tetapi ianya masih jauh dari mencukupi. Kami juga sedang berusaha menjalankan beberapa aktiviti perniagaan berasaskan konsep ”membeli sambil menderma” tetapi ianya belum dapat dijalankan secara lancar berikutan kekurangan modal.

Sehubungan dengan itu, RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ) amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan/puan di dalam menyelesaikan keperluan di atas demi melancarkan segala aktiviti kebajikan yang diusahakan di Rumah Amal ini. Semoga bantuan yang bakal diberikan itu nanti akan menjadi  pemangkin kepada RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)  ini di dalam membela dan mendidik penghuninya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Bersama ini kami lampirkan profil serta senarai keperluan RAUQ.

Untuk sebarang pertanyaan atau berhajat membuat undangan / sumbangan silalah hubungi kami di talian:

Puan Siti Suzena @Sumaiyah: 017-4864447;           
Ustazah Zainab Misnan: 012-3440313
Encik  Azhir Ismail: 013-2059528                                       
Ustaz Mazlan Ismail: 012-6670308     

                        

Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Manusia Lain”. 

Monday 1 August 2011

Bulan Ramadhan Bulan Perniagaan untuk SEMUA

Pembaca yang budiman, sama ada sedar atau tidak, 
Ramadhan adalah bulan Perniagaan.

Adakah anda SEDAR!.....jika sedar....Alhamdulillah....jika tidak percaya....rugilah anda.

Kenapa rugi, ...ini bulan pahala berganda diperolehi.....antaranya:

  1. memberi makan muslim yang berpuasa.
  2. membantu anak yatim, fakir miskin, mualaf, mereka yang susah
  3. membanyakkan zikir, membaca al quran, sedekah dan memberi hadiah.
  4. menunaikan solat tarawih.
  5. opps...lupa....ada Malam LAILATUL QADAR....beb.

Ramadhan adalah bulan kita berniaga 
dengan TUHAN Yang Maha Esa, 
ganjarannya adalah PAHALA yang besar 
dan 
demi keselamatan DUNIA dan AKHIRAT.

Demikian lah pula di Akademi Taipan 181, 
kami menyediakan peluanga untuk anda 
memperolehi pendapatan yang lumayan, 


anda nak duit raya sebanyak RM4,000.00 


kami tunjukkan jalan mudah 
dan 
cepat.

Ingin Tahu hubungi  
Haji Nasir 012-7711 621

Usahawan Berjaya

Berikut adalah sebahagian Usahawan Berjaya yang saya temui.


Ini pula bakal pewaris Usahawan Berjaya juga.

Di dalam Akademi Taipan 181, Usahawan Berjaya cukup ramai, mudah ditemui dan mereka ada dimana-mana, 
 dan dari pelbagai latar belakang.  
Berjaya dengan bimbingan Akademi Taipan 181.


Mahu tahu "RAHSIA Akademi Taipan 181" 
hubungi saya : Haji Nasir Daud 012-7711 621.