Thursday 29 September 2011

Memenangi PEMUDAH Challenge Season 2 (Part 1 of 3)

Hari ini 30 September 2011, kawan menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pemudah Challenge Musim Ke-2 dan kawan juga salah seorang yang menenagi hadiah pertandingan ini, dengan hadiah RM1,000.00

Inilah idea kawan yang dipilih.


Rezeki anugerah Allah keatas hambanya yang berusaha. Kali ke-2 barulah kawan dapat memenanginya.

Gambar yang sempat diambil semasa majlis berkenaan.



Semua rakyat Malaysia boleh menyertai Pemudah Challenge Season 3 apabila ia dibuka.


Tuesday 27 September 2011

JTX Jenama Minyak Itam 5 Star

JTX adalah singkatan untuk Jet Turbo Extreme merupakan minyak itam Multi Grade yang lebih baik, berkualiti dan Green Technology yang Allah jadikan untuk kegunaan manusia berbanding minyak itam fully syntetic dan semi syntetic sebab ia menjaga kenderaan anda.






Ia sesuai sesuai untuk semua jenis enjin kenderaan sama ada petrol dan disel. NGV pun boleh digunakan.


Berikut adalah kelebihan JTX1000 iaitu:

  • Merupakan minyak multi gred yang mempunyai kestabilan, memberi perlindungan kepada enjin seperti :
  •  
    a) Geseran pada suhu rendah semasa menghidupkan enjin

  • b) Tahan panas

  • c) Timbunan jelaga dalam enjin

  • Bahan penambah anti geseran yang berkesan mengurangkan geseran untuk meningkatkan kuasa enjin dan menjimatkan penggunaan bahan api

  • Mengandungi bahan pembersih logam dan pengasingan jelaga di bulatan piston dan skirt piston, mengelakkan kerosakan enjin

  • Sifat kepanasan dan pengoksidaan yang stabil mengekalkan kualiti minyak, mencegah sumbatan di litar aliran minyak dan alat penapis, serta pembentukan tahi minyak di kotak axle dan bahagian-bahagian lain, mengurangkan kos pengendalian dan menjimatkan petrol

  • Sesuai untuk kenderaan yang beroperasi dalam keadaan normal atau lampau. Minyak pelincir yang dijaminkan kualiti dengan Sijil ISO 9001 (Award Superbrand Malaysia)

Bagi pengguna yang telah mencuba JTX1000, pasti mereka tidak akan bertukar kepada jenama lain kerana kualitinya dengan harga berpatutan. Kerana kelebihan dari pelbagai sudut, JTX telah mendapat Award SUPERBRANDS MALAYSIA.


Bagi pembaca blog ini, sila fikirkan renungan ini:




Jika anda memiliki sebuah kenderan, tanda anda menyayanginya ialah dengan menjaganya sepenuh hati.


Nadi sebuah kenderaan ialah enjinnya. Sanggupkah anda memberi enjin kereta anda minyak itam yang murah tetapi merosakkan enjin. Sanggupkah anda memberi enjin kereta anda minyak itam yang berkualiti dengan harga berpatutan dan ia menjaga enjin kenderaan ada supaya jangka hayatnya lebih dari kadar biasa.


enjin kenderaan milik anda seumpama badan anda, Sanggupkah anda memberi tubuh badan anda makanan yang menyebabkan anda segera mendapat penyakit? 


Tepuk dada tanya iman anda?





Monday 26 September 2011

Gambar Jamuan Hari Raya 2011

Khamis 22 September 2011 telah diadakan jamuan hari raya di office kawan. Saksikanlah sebahagian gambarnya.







Diskaun 50% Cuci Kereta Di Dengkil (Part 2)

Tanggal 26 September 2011 (Isnin) kawan singgah lokasi biasa untuk cuci kereta.






Kepuasan kawan tercapai apabila mendapat diskaun 50% seperti yang dijanjikan oleh pemilik pusat cuci kereta ini iaitu RM6.00 (50%). Inilah ownernya, orang yang simple.




Tengah menunggu kereta selesai, jumpa rakan lama dari NRE, inilah mereka.




Antara pelanggan pusat cuci kereta ini ialah pemandu teksi ini (Pak Abu) yang cukup teliti dan sentiasa menjaga kenderaan yang dipandunya kerana ia adalah punca rezekinya. Kenderaan bersih, pelbagai kemudah seperti akhbar, majalah dan tayangan video menyebabkan pelanggan berpuas hati dan beliau dapat regular customer dan extra tips.



Sunday 25 September 2011

Aktiviti 25 September 2011

Hari Ahad (25 September 2011: Malaysia Date), Pelbagai aktiviti  dilalui dari pagi sampai 3petang.


1) sarapan pagi di Serdang Raya. Lokasinya Puteri Corner Tomyam.


 Masjid Al-Islah, lokasi kegemaranku untuk solat maghrib jika lewat pulang ke rumah.
van jenazah, ingatan ku kepada van yang membawa arwah ibu dan ayah ke tanah perkuburan di Perak.


2) Jumpa rakan di Seri Kembangan, mula berjinak-jinak dibidang Perniagaan, satu hari nanti laksanakan sepenuh hati dan perasaan serta full time.


3) Singgah di USJ untuk membeli barang keperluan.


4) Datang ke rumah terbuka aidil fitri Cikgu dan Mentor CDM Kamarudin.








5) Singgah di wakaf Masjid Wilayah tunaikan solat.





6) Batalkan hasrat ke Bukit  Beruntung untuk singgah bengkel besi Ust Mansur kerana tuan punya bengkel belum selesai urusan di Hospital Selayang.

Saturday 24 September 2011

Weilong Capsule : Produk 5 Star Yang Kurang Diketahui & Kurang Diwar-warkan

Melalui Akademi Taipan 181, pelbagai produk yang boleh digunakan, dipasarkan dan jadikan peluang untuk menjana pendapatan secara kretif, smart dan genius.




Terdapat produk yang diwar-warkan seperti Bio Aura, Premium Beautiful, Biozone Food, Maharani dll. Namun ada produk yang bagus tapi tidak dikenali antaranya Weilong Capsule.


Weilong Capsule seangkatan dengan Long Jack (Tongkat Ali) ia untuk keperluan lelaki. 


Ia dikeluarkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan produk Maharani

Latihan Pasukan Kompang Umpama Latihan Yang Dilalui Dalam Perniagaan

Dari rumah dengar kumpulan kompang tempat ku tinggal sedang berlatih. Saja gi tengok untuk ambil gambar dan masukkan dalam blog ini dan kaitkan dengan perniagaan yang ku lakukan di Akademi Taipan 181.


Dalam perniagaan latihan yang berterusan perlu kerana setiap hari pelbagai (cabaran, customer, peristiwa dan peluang) ada. Jika tidak peka pasti anda ketinggalan. 

Menu BERZAT Dengan BioZone Food



Hari ini kita pergi Pasar Pudu untuk beli keperluan dapur. Check list yang perlu dibeli hanya ayam, ikan, halia dan sayur sahaja. Tiba-tiba berkenan nak beli KERANG, apa lagi beli 1kg sebab saiznya sederhana besar.


Balik rumah apalagi OPERASI BioZone Food keatas ayam, ikan dan kerang. Saja buat 45minit walaupun disyorkan ayam 30minit.  Dah selesai purifier dengan Biozone Food asingkan, bersihkan, simpan dlm peti ais dan yang perlu masak kita masak. Best memasak hasil tangan sendiri.  



Menu utama adalah kerang rebus dengan daun kunyit dan daun pandan sebagai pewanginya. Menu tambahan adalah ikan masak kari.


Lihatlah hasilnya.



Kami 4 beranak makan sama sebab wife gi perpustakaan untuk dapatkan bahan untuk keperluan projek paper masternya.

Friday 23 September 2011

Basikal Tua Kini Bernilai (Siri 1)

Ini catatan untuk dijadikan bukti sekiranya ada isu berlaku dikemudian hari.

Pada 8 September 2011 dalam pukul 4.30petang hingga 4.38petang, telah menerima panggilan telefon
daripada sepupuku mr halim dari nombor 013-4391 391 bertanya tentang basikal tua milik ku yang kini tersadai di kampung.

Beliau mahu basikal tua itu untuk menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Di Perak. Kerana minat beliau mahu menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dengan geng pemilik basikal tua. Sudah lama beliau mencari kini beliau menemui satu peluang yang akan menjadikan hasratnya tercapai.

Beliau mahu basikal tua yang tersadai itu sama ada dibeli ataupun dibagi percuma sahaja.

Setelah ku pikirkan akhirnya idea kreatif pun muncul untuk memastikan basikal tua itu masih milik ku selamanya walaupun telah berubah wajah.

inilah ideanya:

1. basikal tua itu kekal menjadi milik ku selamanya (sehingga kiamat)
2. sebarang kos pengubahsuaian oleh sepupuku itu dia tanggung dan diri ku tidak akan membayar kos itu walaupun basikal itu ku gunakan dimasa akan datang.
3. Sepupuku ku beri satu amanah untuk menjaga dan menggunakan basikal itu.


Basikal tua itu menyimpan 1001 catatan sejarah ke atas hidupku.
1. ia hadiah arwah ayahku semasa ku memasuki tingkatan 6 bawah.
2. ia telah ku bawa ke UTM, Skudai semasa menuntut kursus integrasi sains komputer.
3. seluruh jalan raya di kampus UTM Skudai telah ku jelajahi dengan  mengayuh basikal tanpa berhenti mengayuh termasuk bukit yang tinggi dan curam.
4. basikal ini memiliki 3 speed kelajuan.
5. gambar basikal tua ku ini ada di selit di dalam tesis sarjana muda ku di UTM, carilah jika berpeluang.
6. Basikal tua ini pernah diukur oleh warga UTM bagi menghasilkan prototype basikal solar.


Tunggu di lain waktu gambar basikal tua ku berubah wajah akan menghiasi blog ini.