Tuesday 25 December 2012

Cendol Isabella Kg Bukit Badong

Cendol Isabella sungguh istimewa sebab resepi keluarga.

Terletak berhadapan Masjid Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor.

Ia lokasi strategik kerana memudahkan pengunjung yang singgah.
Selain senang untuk singgah, senang untuk menunaikan solat di masjid berdekatan.

selain cendol, ada rojak, nasi ayam dan laksa.

laksa yg sedap terletak pada kuahnya yang pekat dengan cukup ramuannya.

Ia diusahakan oleh Ibu bapa Isabella. Isabella dan abangnya antara membantu memastikan pelanggan menerima pesanan dengan pantas.

Thursday 20 December 2012

Pertemuan Sg Gombak dan Sg Klang

Dulu Kuala Lumpur dikenali sebagai Pengkalan Lumpur.  Tempat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.


Antara tinggalan sejarah ialah Masjid Jamek dan Pasar Seni (Central Market) yang telah ada semenjak tahun  1888.


Tuesday 4 December 2012

Pokok Mahkota Dewa di MAHA 2012

singgah ke MAHA'2012  mencari sesuatu keunikan.

ditemui pokok mahkota dewa. 



rupa-rupanya sama dengan  pokok saya tanam tanpa saya tahu namanya dan ia diperolehi dari kawan di sg buloh. Terima kasih kawanku Ku Malek.

Kelebihan pokok ini

Monday 3 December 2012

Penghargaan Untuk Veteran ATM

Terima kasih atas sumbangan semua warga veteren tentera yang telah berkhidmat bagi menjaga ke amanan negara Malaysia.

Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia dilaksanakan dengan tujuh (7) inisiatif :

1.  program membaikpulih rumah veteran
     (veterans home repair)

2.  pusat sehenti veteran 1 Malaysia
    (veterans access point)

3. program penempatan kerja untuk veteran
   (veterans hiring programme)

4. bantuan keusahawanan
    (entrepreneurs support)

5. meningkatkan penerimaan latihan PERHEBAT oleh industri
    (raise industry acceptance of PERHEBAT training)

6. program keluarga veteran 1 Malaysia
    (veterans family programme)

7. kad privilege 1 Malaysia\
   ( veterans privilege card)

majlis pelancaran  di adakan di SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
pada 15 Disember 2012.

Perdana Menteri melancarkan majlis berkenaan.

bagi yang berpeluang, sila hadir.