Tuesday 30 July 2013

rakaman dan shooting BERNAMA TV

Telah selesai shooting dan rakaman oleh BERNAMA TV bagi mengisi slot Jurnal BERNAMA bagi kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri.

Ia dijalankan pada pagi Ahad 28 Julai 2013 bagi topik SAMPUL DUIT RAYA yang menjadi koleksi dan hobi oleh peminatnya.



Nasi Kukus vs Nasi Kandar

Bagi masyarakat keturunan India Muslim, nasi kandar adalah sumber rezeki mereka dan identiti perniagaan mereka di bidang makanan.  Mudah untuk dicari restoran nasi kandar.

Bagi masyarakat Melayu dan beragama Islam, nasi kukus sudah menjadi trend selain nasi lemak.  Ia telah membuka ruang yang baru di dalam menu yang boleh dinikmati selain nasi lemak dan nasi campur.

Mari kita buat perbandingan dan persamaan serta keunikan nasi kukus dan nasi kandar.

Persamaan:

1. Asas yang ada ialah nasi kerana ia makanan ruji bagi penduduk Malaysia. (Melayu Cina India).
2. Ada lauk sama ada ayam, daging, udang, ketam dan sotong.
3. Ada sayur sama ada timun, bendi, kobis dan lain-lain.
4. Ada rempah ratus yang digunakan di dalam kuah yang disediakan.

Perbezaan:
1. nama yang digunakan
2. kuantiti dan bilangan jenis rempah ratus yang digunakan.
3. bilangan jenis lauk dan sayur yang disediakan untuk pilihan pelanggan.

Kini pelbagai BRANDS / Jenama yang mudah kita lihat. Ini antaranya:

                                          Nasi Kandar
                                            
                                           Nasi Kukus

Nasi Kandar, Nasi Kukus tetap ada peminatnya yang tersendiri. Kedua-duanya telah saya rasa sebelum ditulis di blog ini.  

Bagi yang belum pernah rasa, sila rasa sekali supaya anda boleh bercerita dengan pengalaman sendiri.

selamat mencuba.

--hj nasir

Sunday 14 July 2013

Menutup Aurat (Lelaki & Wanita)

Bagi umat Islam, di WAJIB kan menutup aurat, bagi lelaki dan wanita.


perlu belajar ilmunya. 

apa yang perlu ditutup dan apa yang boleh di dedah. 


semoga ramadhan menjadi hidayah bagi yang berhijrah kepada menutup aurat dengan sempurna.

-- hj nasir