Tuesday, 15 January 2013

cashflow games

cashflow game adalah permainan untuk melibat sejauh mana anda memahami keperluan untuk bebas dari belenggu hutang seumur hidup.

ilmu cashflow tiada diajar di universiti/kolej mahupun dibilik darjah. Ilmu ini perlu dicari dari orang yang pakar dibidang cashflow.

apabila anda memahami untuk berjaya dengan CASHFLOW, anda boleh apply di dalam kehidupan anda. Pasti anda berjaya.

Sunday, 6 January 2013

1 Januari 2013 : Aktiviti Adun Sg Manik

Pada 1 Januari 2013 (Selasa) telah ada 3 aktiviti yang telah dihadiri oleh YB Hj Zainoo Fadzi bin Hj Paharudin. Merangkap adun Sungai Manik.


aktiviti pertama:
 sumbangan beg  kepada pelajar cemerlang bagi Kg Sungai Manik dan sumbangan untuk warga emas 
yg telah diadakan di Dewan Orang Ramai Parit 3D, Sungai Manik.


aktiviti kedua :
ziarah Hj Saad yang uzur bersebelahan dewan orang ramai berkenaan.

aktiviti ketiga:
ziarah jenazah Hajjah Siti Radziah binti Hussin, Pengetua Sekolah Menengah Sungai Manik yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.00pagi di Hospital Kuala Lumpur.




kepada semua yg membaca artikel ini, sila sedekahkan bacaan surah al-fatihah untuk allahyarham Hajjah Siti Radziah binti Hussin.

 AL-FATIHAH.

Tuesday, 1 January 2013

Ruangan 1001 Lelaki : Majalah MIDI Karangkraf

Wartawan Majalah MIDI Karangkraf telah ditemui bagi keperluan artikel ruangan 1001 Lelaki Majalah MIDI yang diterbitkan 2 kali sebulan.


Rencana Koleksi Unik untuk 15 Februari 2013 berkisar hobi sampul duit raya.

Jurufoto sedang mengambil gambar terbaik untuk ruangan berkenaan.


           Hj Mohd Nasir bin Hj Mohd Daud
           Kelab Sampul Duit Raya
           No 48, Jalan Gemilang 2
           Kg Jaya Setia
           45600 Bestari Jaya
           Selangor

               hp : 012-7711 621

                         fb: https://www.facebook.com/groups/kelabsampulduitrayahjnasir
  
                           emel : 
  kelabsampulduitraya@yahoo.com
    

Tuesday, 25 December 2012

Cendol Isabella Kg Bukit Badong

Cendol Isabella sungguh istimewa sebab resepi keluarga.

Terletak berhadapan Masjid Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor.

Ia lokasi strategik kerana memudahkan pengunjung yang singgah.
Selain senang untuk singgah, senang untuk menunaikan solat di masjid berdekatan.

selain cendol, ada rojak, nasi ayam dan laksa.

laksa yg sedap terletak pada kuahnya yang pekat dengan cukup ramuannya.

Ia diusahakan oleh Ibu bapa Isabella. Isabella dan abangnya antara membantu memastikan pelanggan menerima pesanan dengan pantas.

Thursday, 20 December 2012

Pertemuan Sg Gombak dan Sg Klang

Dulu Kuala Lumpur dikenali sebagai Pengkalan Lumpur.  Tempat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.


Antara tinggalan sejarah ialah Masjid Jamek dan Pasar Seni (Central Market) yang telah ada semenjak tahun  1888.


Tuesday, 4 December 2012

Pokok Mahkota Dewa di MAHA 2012

singgah ke MAHA'2012  mencari sesuatu keunikan.

ditemui pokok mahkota dewa. 



rupa-rupanya sama dengan  pokok saya tanam tanpa saya tahu namanya dan ia diperolehi dari kawan di sg buloh. Terima kasih kawanku Ku Malek.

Kelebihan pokok ini

Monday, 3 December 2012

Penghargaan Untuk Veteran ATM

Terima kasih atas sumbangan semua warga veteren tentera yang telah berkhidmat bagi menjaga ke amanan negara Malaysia.

Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia dilaksanakan dengan tujuh (7) inisiatif :

1.  program membaikpulih rumah veteran
     (veterans home repair)

2.  pusat sehenti veteran 1 Malaysia
    (veterans access point)

3. program penempatan kerja untuk veteran
   (veterans hiring programme)

4. bantuan keusahawanan
    (entrepreneurs support)

5. meningkatkan penerimaan latihan PERHEBAT oleh industri
    (raise industry acceptance of PERHEBAT training)

6. program keluarga veteran 1 Malaysia
    (veterans family programme)

7. kad privilege 1 Malaysia\
   ( veterans privilege card)

majlis pelancaran  di adakan di SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
pada 15 Disember 2012.

Perdana Menteri melancarkan majlis berkenaan.

bagi yang berpeluang, sila hadir.