Tuesday, 28 August 2012

Sampul Raya Sumbangan Encik Malik Putrajaya

Alhamdulillah.....terima kasih Tuhan, terima kasih Orang Tuhan.

inilah gambar encik malik yang bertugas di Putrajaya, sudi memberi sampul duit raya yang masih disimpannya sehingga kini.

Dulu banyak disimpannya....tetapi telah di 5S kan.......

dalam sampul surat inilah sampul duit raya yang cantik yang beliau masih simpan.


Kita beralih pula kepada kad TouchNGo Plusmiles.....

kepada pengguna lebuhraya yang membayar secara kad (TnGo) Plusmiles ...anda akan dapat rebate bila belanja RM100.00.  bila check ......jumlah rebat dalam RM1xx.00 dan dapat extra RM60.00....
setelah campur yang sedia ada dlm kad TnGo....jumlah menjadi RM310.00.

itulah duit raya saya kali ini untuk mudah bergerak menjalankan bisnes memasarkan  minyak kenderaan (engine oil) bagi servis setiap 15,000 km (lima belas ribu kilometer).

anda mahu guna .....call / sms saya : hj nasir 012-7711 621.


mudah reload TnGo di kaunter Plus. ahad pun buka.....customer diutamakan barulah bertambah berganda-ganda bisnes PLUS.

Monday, 27 August 2012

Rezeki Sampul Duit Raya 10 peket Umpama Rezeki Perniagaan

jalan-jalan sekitar taman segambut sppk, segambut bagi mencari sampul duit raya terpakai yang telah dibuang untuk menambah koleksi.

step pertama kene reky dahulu...macam army. 
step kedua, mark/tandakan lokasi yang dikesan ada sampul duit raya yang dibuang.
step ketiga, kembali ke lokasi yang di mark/ tanda dan ambil sampul duit raya berkenaan.

sedang ambil sampul duit raya berkenaan...ada seorang lelaki menyapa dan bertanya 'tengah buat apa"

ku jawab "kutip sampul duit raya'

dibalasnya 'tak payah ambil yang dah dibuang, mari sini ambil yang baru'

Pucuk dicita ulam mendatang...singgahlah kerumahnya.....

diberinya 10 peket sampul duit raya UOB Bank.

Inilah orang yang pemurah berkenaan : Mr Nan.


apa kaitan sampul duit raya dengan perniagaan?

inilah kaitannya:

sampul duit raya itu umpama perniagaan. ada pelbagai jenis rekabentuk yang dihasilkan umpama pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, bengkel kereta, pasar raya, kedai gambar, restoran, gerai makan, gerai buah-buahan dan sebagainya.

dalam berniaga ada peluang dan ruang.

peluang dalam mendapatkan pelanggan, memasarkan produk dan perkhidmatan, peluang membesarkan perniagaan, peluang mempelbagaikan produk dan perkhidmatan, peluang menyelesaikan masalah yang timbul dan peluang meningkatkan inovasi dan kretiviti.

ruang untuk menggunakan idea marketing yang pelbagai.

itulah kaitannya.


Saturday, 25 August 2012

Sampul Duit Raya 2012 yang Cantik Di Hati Hj Nasir

inilah gambar sampul duit raya yang diperolehi Hj Nasir pada tahun 2012 yang menjadi pilihan Hj Nasir, Best among The Best Sampul Duit Raya.

1) Sampul Duit Raya Paling Cantik Keluaran 2012 Keseluruhan : Amanah HSBC

2) Sampul Duit Raya Paling Cantik Agensi Kerajaan 2012 : SSPN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.


3) Sampul Duit Raya berinovasi : Maybank Berhad


4) Sampul Duit Raya Kawasan Desa : BuraqOil

5) Sampul Duit Raya kretif 2012 : P&G

6) Sampul Duit Raya Yang Berhormat (YB) : MB Selangor & Adun Changkat Jong, Perak.

7) Sampul Duit Raya yang tetap disimpan


8) Sampul Duit Raya Paling Cantik keluaran 2011 Keseluruhan : Bonia Corporation Berhad.

9) Sampul Duit Raya Paling Cantik Agensi Kerajaan 2011 : TUDM.



Ini berdasarkan sampul duit raya yang dimiliki oleh Hj Nasir sahaja sehingga ahad (26 Ogos 2012).

Friday, 24 August 2012

Projek Koleksi sampul duit raya 2012 (1433 Hijrah)

bulan ramadhan dan syawal adalah bulan yang ku nanti untuk mendapatkan sampul duit raya dengan pelbagai teknik antaranya:

1) dapat dari bank apabila buat tukaran duit raya.
2) melalui kenalan di bank, untuk dapatkan sampul duit raya.
3) beli sampul duit raya yang ada imej korporat.
4) mintak dengan kawan sampul duit raya.
5) terima yang dikirimkan oleh kawan, syarikat dll.
6) dapatkan daripada ahli keluarga, kawan, adik-adik yang beraya dll.
7) kutip yang dibuang.
8) bertukar-tukar sampul duit raya
9) minta dari kedai yang menggantung sampul duit raya.

inilah antara gambar yang diambil bagi projek sampul duit raya tahun 2012.


keratan akhbar Sinar Harian (Edisi Selangor/KL) boleh didapati jua 
di edisi online di laman web akhbar sinar harian.
keratan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan pada hari raya (ahad) dan boleh didapati jua di edisi online di laman web utusan malaysia.

















Jika anda mahu saya kasi gift, hantarlah sampul duit raya yang anda miliki yang anda mahu beri kepada saya ke alamat ini:

mohd nasir bin mohd daud
kelab sampul duit raya hj nasir
no 48, jalan gemilang 2
kg jaya setia
45600 bestari jaya
selangor

sila pastikan maklumat berikut diberikan untuk saya hantar gift kepada anda.

1) nama penuh
2) alamat surat menyurat yang lengkap untuk saya pos gift.
3) no. telefon untuk saya hubungi

sekian.

Hj Nasir
012-7711621

Wednesday, 22 August 2012

Paparan akhbar sinar harian dan mingguan malaysia

Telah disiarkan paparan hobi mengumpul sampul duit raya.

ini di akhbar sinar harian (khamis) sebelum hari raya (ahad) edisi selangor dan kl.


ini di akhbar mingguan malaysia (ahad), pada hari raya.




Thursday, 16 August 2012

koleksi sampul duit raya yang diterima sebelum raya

inilah sebahagian koleksi istimewa sampul duit raya ku sebelum menyambut 1 Syawal tahun ini.





lepas seminggu Insya Allah, akan di update blog ini.

selamat menyambut Hari Raya Puasa, maaf zahir batin dari saya Hj Nasir.

Wednesday, 15 August 2012

Kemaruk Sampul Duit Raya 1986

Akhirnya.....keluar artikel saya di Akhbar Sinar Harian Edisi Selangor/KL pada Khamis (16 Ogos 2012) di halaman no 3 sisipan fanatik. 

Inilah dia artikelnya.




Perancangan selepas ini ialah: 

 1) Tubuhkan Kelab Peminat Sampul Duit Raya.
      Ia bertujuan mengumpulkan mereka yang menjadikan sampul duit raya ini sebagai hobi.
      Ia untuk membina jaringan kerjasama dan rangkaian yang sama minat seperti yang telah direalisasikan
        oleh kelab stem, kelab kenderaan dll.

  2) Terbitkan buku berkenaan sampul duit raya.
       Ia akan memberi manfaat kepada semua pihak supaya buku ini menjadi rujukan rakyat malaysia dan   
          dunia.
       Bahan untuk buku ini bersumber daripada semua koleksi daripada ahli kelab peminat sampul duit raya.

Jika anda mahu dimuatkan koleksi anda di dalam buku yang bakal diterbitkan, silalah mulakan mengumpul sampul duit raya dari SEKARANG (TAHUN 2012).  

DAN

JADILAH AHLI KELAB PEMINAT SAMPUL DUIT RAYA yang saya tubuhkan.
maklumat lanjut sila hubungi saya (call/sms : hj nasir 012-7711 621 atau emel seperti yang dipaparkan pada artikel sinar harian (kelabsampulduitraya@yahoo.com) atau fb (facebook) haji nasir haji daud.