Demi penjimatan (wang, petrol, masa, tenaga, dosa) saya ambil keputusan berbuka di masjid sahaja, ia telah saya buat juga pada Ramadhan tahun lepas.
Saya berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya. Masjid ini dikenali juga dengan nama MASJID BESI, kerana banyak besi dan keluli digunakan. Itulah konsepnya.
Beginilah suasana berbuka puasa di Masjid
Beginilah ramainya jemaah lelaki yang berbuka puasa di Masjid Sultan Mizan. Seronok bagi yang menghayati maksud makan berjamaah yang berkat walaupun sedikit.
Pemandangan ramai juga jemaah wanita berbuka puasa di Masjid ini, ada yang bersama keluarga, ada yang masih bujang bersama kawan-kawan, mungkin juga ada yang datang dengan boyfriend. Namun ku bersangka baik.
Bulan Ramadhan adalah bulan rebutan bagi mukmin yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.