Thursday, 8 September 2011

Koleksi Sampul Duit Raya Umpama Perniagaan



Sekeping sampul duit raya menyimpan 1001 makna tersurat dan tersirat ia sama dengan sekeping gambar boleh menceritakan 1001 cerita.  Ini kisah benar, sewaktu ana (saya dlm bahasa arab) sekolah rendah apabila hari raya akan datang menziarahi jiran, saudara mara dan saudara se Islam walau tak kenal. 


Dulu duit raya kalau diberi dikira BONUS bukan matlamat seperti hari ini oleh generasi kini. Tiada duit raya biasa sahaja, dapat duit raya walaupun 10 sen dah dikira besar. Paling besar ana terima 50 sen. Kalau ikut arwah nenek ke rumah kakaknya akan dapat seringgit, lima ringgit dan paling besar ketika itu ana rasakan dapat sepuluh ringgit.


Antara hobi ana ketika itu mengumpul stem dan tiket bas. Belum terdetik PILIHAN ketika itu kumpul sampul duit raya menjadi satu HOBI yang menceriakan. Ana mula simpan mana-mana sampul duit raya yang diterima, ditemui di jalan raya atau diminta dari pelbagai orang yang ditemui.


Sampul duit raya PERTAMA yang saya temui ialah sampul duit raya Malayan Banking dan kini ia dikenali dengan nama MayBank, rekaannya tak secantik rekaan hari ini, saya pun kurang berkenan dari tiga yang ada akhirnya Ana hanya simpat satu sahaja. Ia BERHARGA kerana sudah tiada ditemui lagi.


Tahun Ke dua, banyak sampul duit raya yang saya perolehi antaranya Malayan Banking dan Public Bank.
Ada waktu nanti saya upload dlm blog ini.


Apa kaitan sampul duit raya dengan Perniagaan?  
Jawapannya mudah sahaja. Pertama pilihan yang kita ambil sama ada kita buat (action) atau tidak.
Perniagaan dimulakan dengan kita mendapatkan maklumat, adakah ia mampu kita laksanakan dan yang penting ia mendatangkan untung yang banyak dengan usaha sedikit.  Itulah sebab mengapa Akademi Taipan 181 berjaya kerana ia berniaga dengan usaha yang sedikit tetapi untungnya lumayan dan besar.


Setiap sampul duit raya yang ana simpan mempunyai sejarahnya yang tersendiri, sama ada masih diingati atau tidak bergantung kepada nilainya. Begitu jua dengan perniagaan, dari hari pertama kita lalui sehingga masih kekal kita usahakan ia setiap saat ada SEJARAHnya sama ada manis, pahit, suka, duka, masam, tawar, masin, payau, dalam, cetek dan sebagainya. ITULAH warna-warna kehidupan.


Berikut adalah keratan akhbar utusan malaysia bertarikh 28 Ogos 2011 mengenai individu yang memiliki minat yang sama dengan ana. 


Akan datang Ana akan hubungi wartawan ruangan oh koleksi ku untuk ana masuk akhbar juga. Tunggu.....


    "Pembaca blog ini yang ada miliki sampul duit raya keluaran tahun 2011 yang ingin mendapat duit RM1.00 keatas 1 sampul duit raya yang Ana belum ada, sila hubungi Haji Nasir (012-7711 621) untuk mendapatkan tawaran ini.


                  Hubungi : Haji Nasir (012-7711 621).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.