Wednesday 3 August 2011

Bantulah Mereka Ini, RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)


Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Manusia Lain


Sukacita dimaklumkan bahawa “RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)” ini telah mula beroperasi pada Januari 2010. Ianya berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang ibubapanya berpisah dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan dan perlindungan mereka.

Buat masa ini RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)ini menjaga seramai 60 orang penghuni di mana perbelanjaan bulanannya sudah menghampiri RM30,000.00 untuk membiayai makan minum, pengangkutan, sewa asrama, utiliti, perubatan, pendidikan, saguhati untuk petugas-petugas dan lain-lain. Pihak kami sentiasa berusaha mendapatkan sumbangan dari pelbagai pihak tetapi ianya masih jauh dari mencukupi. Kami juga sedang berusaha menjalankan beberapa aktiviti perniagaan berasaskan konsep ”membeli sambil menderma” tetapi ianya belum dapat dijalankan secara lancar berikutan kekurangan modal.

Sehubungan dengan itu, RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ) amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan/puan di dalam menyelesaikan keperluan di atas demi melancarkan segala aktiviti kebajikan yang diusahakan di Rumah Amal ini. Semoga bantuan yang bakal diberikan itu nanti akan menjadi  pemangkin kepada RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ)  ini di dalam membela dan mendidik penghuninya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Bersama ini kami lampirkan profil serta senarai keperluan RAUQ.

Untuk sebarang pertanyaan atau berhajat membuat undangan / sumbangan silalah hubungi kami di talian:

Puan Siti Suzena @Sumaiyah: 017-4864447;           
Ustazah Zainab Misnan: 012-3440313
Encik  Azhir Ismail: 013-2059528                                       
Ustaz Mazlan Ismail: 012-6670308     

                        

Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Manusia Lain”. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.