Sunday 29 July 2012

Restoran Global Ikhwan di Presint 15 Putrajaya

Global Ikhwan Sdn. Bhd. telah melebarkan sayap perniagaan dengan pembukaan restoran dan bakeri di Presint 15 Putrajaya. Lokasi berhadapan dengan Pejabat Etiqa Takaful, sebaris dengan Public Bank Putrajaya.








Ia telah dibuka...lihatlah ramai pelanggan yang singgah dan mereka menerima kehadiran cafe ini gembira.

antara juadah sarapan pagi yang ada...sungguh menyelerakan dan

DIJAMIN HALAL TANPA WAS-WAS.

untuk tempahan & catering hubungi

Lilah : 
013-431 4891
018-363 2052

restoran masakan arab

inilah fenomena kini orang melayu......meminati masakan arab.

lokasi di restoran SABA CYBERJAYA masa bulan ramadhan.

 Harga Buffe 
RM35++ untuk dewasa  
RM18++ untuk kanak-kanak bawah 17 tahun 
dan
FREE untuk kanak kana bawah 10 tahun.
 Lokasi ada 2 (Cyberjaya & Jalan Jelatek)

 antara juadah yang ada.
 paling best Nasi Arab, Ayamnya dan Kambing.

Inilah pemandangan ketika mengambil juadah buffe sebelum berbuka.
 ramai beratur dengan sabar.
family first untuk berbuka puasa di restoran saba.



Saturday 28 July 2012

Buffet Ramadhan hanya RM25


Sempena Ramadhan, Ikhwan Coffee House di Bukit Bintang menawarkan juadah berbuka puasa hanya RM25.00 seorang.

Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi 

013-2852 815, 
018-3124143 
atau 
03-2143 8313.

sehingga kini, Ikhwan Coffee House milik Ikhwan Catering & Restaurant ini telah memiliki 3 cawangan (Bukit Bintang, Jingga bersebelahan Berjaya Times Square dan di Segambut (sebelah Sekinchan Ikan Bakar).

pada 27 Julai 2012, antara penyunjung yang menjamu selera adalah dari shah alam, indonesia dan korea selatan.

pada 3 Ogos 2012 seramai 100 orang artis akan berbuka puasa di Ikhwan Coffee House Bukit Bintang ini.

Bagi anda yang mencari Bufet Berbuka Puasa Ramadhan yang conform, sah, terjamin 100% halal dan suci daripada bahan mentah, cara masakan, hidangan dan chef.......datanglah mencuba.....pasti anda akan datang lagi di tahun 2013.

selamat mencuba.

-----------------------------
Berikut adalah cawangan restoran milik Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) di luar negara, antaranya di Geraldton, Australia.

 Majlis pengislaman dan majlis perkahwinan yang dijalankan di Nur Muhammad Gourmet, Geraldton, Australia.


---------------------------------------
Restoran Nur Muhammad di Franfurt, Germen

antara tetamu yang singgah termasuk warga jemaah tabligh

suasana di dalam restoran nur muhammad di german
 Pak herman antara tenaga penggerak restoran ini di sana.


Tuesday 24 July 2012

testimoni Avanza 1.5 (A) 15,000km JTX1000


www.facebook.com/myjtx1000

Inilah testimoni saya dengan menggunakan minyak pelincir / minyak enjin / minyak itam JTX1000 ke atas kenderaan toyota avanza 1.5cc bertransmisi automatik. Kini telah bergerak sejauh 170,000 k/m semenjak dibeli.


minyak pelincir JTX1000 banyak kelebihannya :

1) mendapat pengiktirafan SUPERBRANDS 
2) menjimatkan penggunaan bahan bakar (petrol/diesel/ngv)
3) tambah pick-up (kuasa) enjin
4) membersihkan enjin dari karbon yang terbentuk
5) menjimatkan duit penyelenggaraan 

 jika mahu try hubungi saya

Haji Nasir 
+6012-771 1621
biozonefood@gmail.com


Masjid Felda LBJ Negeri Sembilan



Sempat singgah ke sebuah masjid di sebuah felda yang terkenal
sebagai felda Orang Kaya.

Papantanda Masjid LBJ

Pemandangan di Masjid LBJ


President Lyndon B Johnson during his visit to Felda Labu Jaya on Oct 30, 1966.
Felda LBJ was previously known as Felda Labu Jaya. It was renamed Felda LBJ following a visit by the then US Vice President Lyndon B. Johnson (LBJ) to the scheme. ( I also understand there is a history to Felda New Zealand in Pahang being named so)



SEBUT sahaja Felda Lyndon B. Johnson atau LBJ, pasti ramai yang masih ingat kisah 504 orang bekas penerokanya yang menjadi ‘jutawan segera’ pada 1996.
Tanpa disangka-sangka, para peneroka di tanah rancangan Felda yang pernah dilawati Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson pada 1966 itu, menerima antara RM1.2 juta dan RM2 juta.
Ini berikutan pembelian tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 


ISTERI bekas ketua kampung LBJ, Mazmah Osman menadah tangan di hadapan rumah tanda syukur kerana kehidupan beliau dan keluarga terhindar daripada sebarang penipuan ketika awal-awal menjadi ‘jutawan segera’, 15 tahun lalu

Saturday 21 July 2012

Bihun Sufi

Kini telah ramai mengenali Bihun Sufi.....bihun milik orang melayu dan dijamin halal




Layarilah website bihun sufi untuk mengetahui dimana anda boleh memperolehinya.......


Selamat mencuba...................

Wednesday 18 July 2012

Review Hybrid Car : Honda Jazz vs Toyota Prius C

Di Malaysia, kenderaan hybrid telah mendapat tempat.....persaingan cukup sengit.

Hasil carian di internet......inilah perbandingan untuk 2 model baru kenderaan hybrid bagi tahun 2012.

1) Honda Jazz dengan kapasiti enjin 1.3cc  

2) Toyota Prius C dengan kapasiti enjin 1.5cc.

Inilah gambarnya.....

Honda Jazz Hybrid.


Toyota Prius C


secara ringkas...kedua-dua model ini sama cantik dan berkualit.....pilihan ditangan anda....atas faktor keperluan anda  (teknologi penjimatan vs design kereta yg cantik) KERANA harganya kurang daripada RM100,000.00

Inilah penelitian daripada forum internet. http://forum.lowyat.net dan saya perbetulkan fakta yang tidak tepat setelah saya test drive both car.

PROS (Kelebihan)


A) Honda Jazz: 1.3cc


-mudah untuk start, use key, than engine start. 


(normal style) - fakta yang saya tambah.

-Really light steering, straightforward CVT gear shift.

-Spacious interior, "magic seats"


-Save RM on gas per liter  berbanding kenderaan bukan hybrid or electric car - fakta yang saya tambah.

-IMA battery 5 years warranty, cheaper replacement ~RM7K


-Car can still go with dead battery.


- harga paling murah dipasaran Malaysia ketika ini. - fakta ditambah.


B) Toyota Prius C: 1.5cc


-mudah untuk start tanpa use key, just tekan brake dan tekan suis 


start. (unique style, still ok)  - fakta yang saya tambah

-much more electronics (eg touch start, keyless entry, MFD etc)

-Save MORE RM on gas per liter 
berbanding kenderaan bukan hybrid or electric car. - fakta yang saya perbaiki.

-Continuous air cond when car is stopped.


-Currently #1 best selling hybrid in US & Japan (more car produce 

more spare part, more testimoni from us and japan) - fakta yang diperbaiki.

-HSD battery higher millage, better quality and built to last longer.

(proven tiada masalah bateri setakat ini) - fakta diperbaiki.

-Full sized spare tyre.


-Car can still go when dead battery. (fakta yang saya tambah setelah membuat semakan dari sumber yang boleh dipercayai).




CONS (Kekurangan)



a) Jazz 1.3cc


-Less gas saved on IMA hybrid system (still batter than no hybrid car or electric car) -fakta diperbaiki.

-less electronics (tecnology hybrid still use electronic) - fakta diperbaiki.


-IMA battery more prone to failure (according to some news articles)


-no spare tyres and only provide gaget untuk pump tyre and cecair tampal tayar (malaysia need spare tyres for every car) - fakta ditambah.


- IMA battery located @ tyre bay, also noticed "cheap" white foam insulation surrounding IMA battery
   (kedudukan bateri terdedah kepada gagal berfungsi jika mengalami kemalangan bila dilanggar dari belakang sebab tiada extra protection sech as spare tyre) - fakta ditambah.

-pengurangan spare tyre sebagai faktor untuk merendahkan harga dipasarkan sebagai strategi marketing untuk menarik pembeli yang mahu harga lebih rendah. - fakta ditambah.

b) Prius C 1.5cc



-Only 3 years warranty on battery, and more expensive to change ~RM12K (proven so far tiada masalah bateri) - fakta ditambah.

-interior size, width and length is same as Jazz, except for height, which is 8 cm less.


-ancient gear shift box , no CVT ( for safety reason, elak terlebih gerakkan gear) - fakta ditambah


-stiffer steering and more abrupt braking


-
Car can still go when dead battery. (fakta yang saya perbaiki setelah membuat semakan dari sumber yang boleh dipercayai).




Another CON (Kekurangan) for both (Jazz & Prius C) :

-No option to upgrade to leather seats, I am really hesitant to install them outside for fears of quality/warranty.


-Although Prius C offers upgrade to the 2DIN multi media screen, its NOT the same one as used in the USA market. It doesn't have Entune software, which hooks to your phone for internet for Bing, internet radio, etc




Others Infomation
FYI I read somewhere that during launching, Jazz was expected to sell 3000 cars a year in msia, and Prius C is ~4000. Right now, in north america, Prius C sales are 6000 A MONTH, Although 2012 Jazz Hybrid skips the american market, they will launch the 2013 Full EV Plug in Honda Fit.


Maklumat Tambahan:
-Sila semak juga kos penyelenggaraan kenderaan hybrid (Honda Jazz & Toyota Prius C) kerana ia merupakan kos jangka panjang yang anda akan keluarkan juga. 

sila bandingkan kos penyelenggaraan untuk sejauh 100,000km dan 200,000km.  mana yang lebih jimat dan menguntungkan pembeli. 

Tips : pilihlah kos penyelenggaraan yang menjimatkan wang anda yang keluar bagi JANGKA PANJANG.


PILIHAN ditangan ANDA kerana anda yang mahukannya.
(budget, penjimatan petrol, penyelenggaraan, design)


Untuk penjagaan enjin kenderaan anda sila ke fb:

www.facebook.com/myjtx1000


Hj Nasir 
012-7711 621

Indah Hidup Bersyariat : Ustaz Ismail Kamus



Buku ini memang bagus.  Dulu Beliau dikenali sebagai Ustaz Ismail Kamus. Kini telah mendapat title Dato'.

Buku beliau terdahulu bertajuk "Fardhu Ain", menjadi rujukan saya sekeluarga...namun telah terbakar ketika berlaku kebakaran di rumah ayah mentua di Taman Goft, Ipoh.

Puas mencari buku yang berkualiti berkaitan Fardhu Ain.....

Akhirnya ......saya jumpa buku ini di Kedai Buku Presint 8, sebaris RHB Bank, berdekatan Pak Aji Fresh Mart dan Bank Rakyat.

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" ini adalah versi 2.0 daripada buku beliau dahulu "Fardhu Ain".

infonya lengkap untuk keperluan mereka yang telah berumahtangga, bujang, sedang bertunang, belum bertemu jodoh walaupun dah berusia.

Carilah.......dan Belilah....anda pasti tidak rugi.

KERANA  sukar mencari buku feqah yang lengkap dan ditulis oleh individu yang berkelayakan dan berwibawa.

Hj Nasir
012-7711 621

Gerai Makan Halal Gred A : Taman Putra Perdana

Tadi singgah Taman Putra Perdana, nak tukar tayar kereta viva tetapi belum kesampaian kerana stok belum sampai lagi.


Saja jalan-jalan, buat market research.....berkenaan bilangan bengkel kereta yang ada dan anggaran penduduknya.


Last-last, singgah kat medan selera (Pusat Penjaja Taman Putra Perdana) ....saksikanlah gambarnya.


Inilah signboard lokasi teman singgah.

 singgah dan jalan-jalan melihat keadaan gerai. Kapasiti maksumum, yang beroperasi dan yang sedang jalankan perniaggan.  Akhirnya singgah gerai no 1 milik Puan Normadiah binti Hashim.



Beliau bersama pembantu-pembantu sedang berniaga.




Keistimewaan gerai ini ada 2:


 PERTAMA : 
Mendapat pengiktirafan Gerai Gred A.
                      Tidak ramai yang mendapat gred A bagi yang menjalankan perniagaan makanan.
                      Selalunya hanya gred B.
                      Saya berbangga atas kejayaan Puan Normadiah.

KEDUA : 
Beliau berniaga makanan untuk kategori Nasi Campur dengan banyak pilihan.
                 Terdapat juga menu istimewa yang lain seperti rojak.....

                  Akan datang singgah, nak try rojak 
                       dan menu istimewa yang lain.

Selamat Mencuba.
                     

Monday 16 July 2012

Menyusun Kasut.....mencerminkan karektor anda


Kasut..........em.....objek yang biasa kita lihat setiap hari dari kecil hingga akhir umur.

Hayati.....artikel ini dari website www.nurmuhammad.net


Andai diperhatikan di mana sahaja samada di kedai-kedai atau di kompleks membeli-belah, kelihatan susunan rapi  berbagai jenis kasut dan selipar. Di antaranya ada yang berharga ratusan ringgit yang pasti akan dimiliki oleh orang kaya atau yang berkemampuan. Yang sederhana harganya menjadi pilihan mereka yang berpendapatan sederhana. Manakala yang paling murah menjadi pilihan pengguna yang merasakan cukuplah itu sebagai alas penghalang kerikil dan batuan jalanan. Tuhan sudah menanamkan rasa cukup dengan apa yang ada (qanaah) ke dalam hati mereka, serta perasaan mensyukuri nikmat dan redha walaupun sesekali timbul keinginan untuk memiliki yang lebih baik.
Di rumah sesetengah orang kaya pula, kasut yang mahal akan dipakai hinggalah ke bilik tidur. Inilah budaya barat yang diamalkan di hotel-hotel sedunia, tanpa menghiraukan ia bernajis atau tidak. Yang penting tampak bersih. Begitulah Yahudi telah merosakan adab dan budaya yang diterapkan dalam amalan yang kononnya moden sejak sekian lama.

Amnya budaya ketimuran, khususnya budaya Islam yang suci telah dirosakkan. Sistem pendidikan, sistem pentadbiran, sosio-budaya semua telah di’kuning’kan hingga kebanyakan kita telah hilang jati diri. Banyak ciri budaya barat telah meresap masuk ke dalam kehidupan dan secara tidak langsung kita berkiblat ke barat. Budaya itu dirasakan indah, menarik dan terkini sesuai dengan kemodenan dunia. Sedangkan itu semua adalah fatamorgana yang menipu daya kehidupan manusia.
Bila saja kita meninggalkan budaya dan disiplin hidup yang murni yang dibawa oleh Rasulullah, sekecil menyusun kasut dan selipar, walaupun nampak kecil tetapi impak negatifnya sebenarnya besar kepada kita.
Bila kita menganggap disiplin itu kecil maka sebenarnya jiwa kita telah rosak, telah berlaku ketirisan iman dan taqwa. Seperti yang telah diceritakan oleh beberapa  catatan sejarah, bila rosak remajanya maka akan rosaklah negara. Sebab itu Yahudi hendak sangat merosakkan remaja Islam supaya agama, bangsa dan negara itu akhirnya turut rosak.  Maka tercapailah cita-cita mereka untuk memusnahkan Islam.
Mengapa ramai remaja mulai liar, memberontak dan meninggalkan budaya ketimuran? Jawapannya, kita semakin longgar dan miskin dengan disiplin kehidupan. Mula hidup nafsi-nafsi, hilang semangat kejiranan dan setiakawan.
Bila hidup tiada disiplin Islam ini dibiarkan, maka semakin kerosakan menjalar dan menular, sedikit demi budaya timur yang sopan dilupakan. Mulalah menyusup budaya songsang seperti seks haram, LGBT, black metal, hinggalah membawa kepada peperangan  -  umpama selipar dan kasut yang berteraburan itu.
Kita tidak lagi menjadi bangsa yang digeruni, malah berpecah-pecah, bertaburan dan tiada arah tujuan seperti lalang ditiup angin. Itulah akibatnya bila hidup tidak berdisiplin dan  tiada pimpinan, musuh tidak lagi gentar.  Hadis menyebut  ”Kamu ramai tetapi ibarat buih di lautan”

Orang biasa pula, bila masuk ke dalam rumah, atau surau dan masjid, kasut dibuka. Berteraburlah kasut dan selipar saling bertindihan tidak kira saiz. Bercampur aduk.. Bila keluar, hendak mencari kasut atau selipar sendiri pun sukar -kadang-kadang kerana sudah bertaburan disarungkan sahaja mana yang muat hingga terpakai milik orang lain. Atau berlaku terpakai selipar atau kasut berlainan saiz, bentuk atau pasangan. Ini banyak berlaku di surau atau masjid. Inilah akibatnya apabila meninggalkan disiplin Islam yang indah dan cantik.
Bukankah indah dan menarik jika kita boleh mendisiplinkan diri semua orang atau suatu jemaah supaya menyusun selipar atau kasut. Kesan  disipilin ini sehinggakan orang akan terpegun malah orang kafir pun boleh masuk Islam. Itulah hebatnya IsIam, tiada yang kecil dalam Islam. Walaupun nampak kecil tapi impaknya sangat besar seperti yang pernah diceritakan dalam sejarah Islam bagaimana dengan hanya membetulkan saf dan bersugi mampu membawa kemenangan dalam peperangan.
Oleh itu marilah kita disiplinkan diri kita dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-sebesarnya agar kita menjadi contoh umat untuk abad ini.
Ajaibnya.. pengikut-pengikut toifah pimpinan Abuya Fata at Tamimi telah dididik  perihal menyusun selipar dan kasut. Setiap kali masuk ke rumah, musolla atau mana-mana premis, kasut atau selipar yang dipakai, dibuka lalu dipusingkan menghala keluar pintu rumah. Ini memudahkan sewaktu keluar rumah, terus saja disarungkan tanpa perlu memusingkan badan.
Sesungguhnya, dengan niat untuk memperlihatkan indahnya Islam, disiplin susun kasut telah mencetuskan satu fenomena luar biasa.
Di zaman Al Arqam ramai ibu bapa menghantar anak mereka untuk dididik di sekolah-sekolah Arqam ketika itu, hanya kerana tertarik dengan keindahan dispilin susun selipar atau kasut para pelajar. Indahnya susunan selipar itu, menampakkan indahnya akhlak si pemiliknya. Lebih jauh lagi, kemas dan tersusunnya selipar itu menggambarkan kemas dan tersusunnya barisan pejuang di bawah pimpinan Abuya.
Begitulah, bila mana sesuatu hal itu dibuat kerana Tuhan, maka Tuhan akan campur tangan. Kepada orang Islam akan datang rasa kasih dan sayang serta tertarik dengan perjuangan. Dalam hati musuh pula, Allah campakkan rasa gerun seperti  yang tercetus di hati Judith Nagata, seorang Yahudi, yang telah memberi amaran kepada  Kerajaan Malaysia tentang gerakan Al Arqam yang bakal menjadi ‘political power’ jika tidak dibendung ketika itu.
Itulah hasil dari didikan Abuya hanya melalui kasut dan selipar. Budaya susun selipar itu sangat cantik dan indah tapi tiada siapa yang peduli . Seperti yang dinyatakan di atas tadi, telah juga diceritakan oleh ramai tetamu yang datang  ke rumah anak-anak buah di bandar Abuya,  bilamana melihat kasut dan selipar yang tersusun kemas, jatuh hati mereka kepada ahli rumah dan mereka merasakan penghuni rumah ini tentulah orangnya berdisplin. Bila diberitahu inilah Islam, mereka jadi yakin yang Islam itu memang satu agama yang benar, tersusun dan indah.
Seperti disebut tadi, sejarah pernah menceritakan iktibar suatu peperangan di zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Al Khatab ra. Apa yang terjadi, setelah berperang beberapa lama, tiada kelihatan tanda-tanda Islam akan menang atau musuh akan kalah. Maka khalifah pun memeriksa para tenteranya. Di malam hari khalifah bangun meninjau khemah tenteranya  dan didapati  ada di antara tenteranya yang tidak bangun solat malam. Sewaktu bersembahyang pula, khalifah melihat ada barisan saf yang tidak lurus. Dan bila ditanya kepada mereka adakah mereka bersugi setiap kali hendak bersolat, maka jawabannya juga tidak.  Dan setelah Khalifah mengarahkan semua keadaan ini diperbetulkan, maka akhirnya kemenangan pun berpihak kepada tentera Islam.
Kalau dilihat di sudut  lahiriahnya, apalah kaitan bersugi dengan strategi untuk mengalahkan musuh dalam peperangan? Tetapi yang  kecil itu jika dibuat dengan istiqamah lebih-lebih lagi untuk kebersihan sewaktu bersembahyang, maka akan jatuhlah pandangan rahmat Tuhan.
Begitulah juga dengan kasut dan selipar yang tersusun. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Abuya Putra Bani Tamim berjaya mendidik seluruh pengikutnya dari sekecil-kecil pekara hinggalah kepada sebesar-besar pekara.  Kasut dan selipar tersusun cantik di semua nurseri, tadika, sekolah rendah, asrama, pejabat, premis perniagaan serta rumah. Sudah pastilah pemakainya yang berbagai rupa, jantina, warna kulit dan fizikal juga mudah dididik untuk takutkan Tuhan hingga menjadikan Yahudi sangat takut, kerana pasti susunan hati pengikut-pengikutnya juga turut hebat.
Begitulah ajaibnya.. Kasut oh kasut.. Selipar oh selipar…
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengenal Personaliti ANDA tanpa anda ketahui.

........antaranya

1. Kasut (bersepah atau tersusun kemas)
2. Cara makan terutama di dalam dulang.
3. Bermusafir
4. Keadaan Bilik Air Di rumah & Pejabat.
5. ....banyak lagi cara....

sekian, semoga mendapat ilmu.

Nasi Ayam Tersedap & Terlaris

Bila sebut nasi ayam........pasti ramai biasa menjadikan ia pilihan paling mudah untuk diperolehi dan pantas diterima untuk dimakan.

Di Shah Alam, Seksyen ??, bersebelahan Stesen Caltex dekat bulatan sebelah Kelab Selangor ada gerai nasi ayam yang best

Lihatlah gambar ini....dan cari lokasinya.



SELAMAT MENCUBA 
NASI AYAM 
PAK MAL

Thursday 12 July 2012

Keputusan Masuk U bagi STPM pd 13 Julai 2012

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat ke Universiti di Malaysia.

Takziah kepada yang tidak berjaya kali ini, namun ...peluang kedua melalui RAYUAN.

sila pilih secara berhati-hati, dengan strategi yang sesuai untuk mencuba semasa rayuan.



jika anda gagal...pada rayuan......cubalah ambil kursus jangka pendek di Kolej Komuniti.

contoh kursus....masakan dan sebagainya.  jangan pandang rendah kursus di Kolej Komuniti.