Monday 16 July 2012

Menyusun Kasut.....mencerminkan karektor anda


Kasut..........em.....objek yang biasa kita lihat setiap hari dari kecil hingga akhir umur.

Hayati.....artikel ini dari website www.nurmuhammad.net


Andai diperhatikan di mana sahaja samada di kedai-kedai atau di kompleks membeli-belah, kelihatan susunan rapi  berbagai jenis kasut dan selipar. Di antaranya ada yang berharga ratusan ringgit yang pasti akan dimiliki oleh orang kaya atau yang berkemampuan. Yang sederhana harganya menjadi pilihan mereka yang berpendapatan sederhana. Manakala yang paling murah menjadi pilihan pengguna yang merasakan cukuplah itu sebagai alas penghalang kerikil dan batuan jalanan. Tuhan sudah menanamkan rasa cukup dengan apa yang ada (qanaah) ke dalam hati mereka, serta perasaan mensyukuri nikmat dan redha walaupun sesekali timbul keinginan untuk memiliki yang lebih baik.
Di rumah sesetengah orang kaya pula, kasut yang mahal akan dipakai hinggalah ke bilik tidur. Inilah budaya barat yang diamalkan di hotel-hotel sedunia, tanpa menghiraukan ia bernajis atau tidak. Yang penting tampak bersih. Begitulah Yahudi telah merosakan adab dan budaya yang diterapkan dalam amalan yang kononnya moden sejak sekian lama.

Amnya budaya ketimuran, khususnya budaya Islam yang suci telah dirosakkan. Sistem pendidikan, sistem pentadbiran, sosio-budaya semua telah di’kuning’kan hingga kebanyakan kita telah hilang jati diri. Banyak ciri budaya barat telah meresap masuk ke dalam kehidupan dan secara tidak langsung kita berkiblat ke barat. Budaya itu dirasakan indah, menarik dan terkini sesuai dengan kemodenan dunia. Sedangkan itu semua adalah fatamorgana yang menipu daya kehidupan manusia.
Bila saja kita meninggalkan budaya dan disiplin hidup yang murni yang dibawa oleh Rasulullah, sekecil menyusun kasut dan selipar, walaupun nampak kecil tetapi impak negatifnya sebenarnya besar kepada kita.
Bila kita menganggap disiplin itu kecil maka sebenarnya jiwa kita telah rosak, telah berlaku ketirisan iman dan taqwa. Seperti yang telah diceritakan oleh beberapa  catatan sejarah, bila rosak remajanya maka akan rosaklah negara. Sebab itu Yahudi hendak sangat merosakkan remaja Islam supaya agama, bangsa dan negara itu akhirnya turut rosak.  Maka tercapailah cita-cita mereka untuk memusnahkan Islam.
Mengapa ramai remaja mulai liar, memberontak dan meninggalkan budaya ketimuran? Jawapannya, kita semakin longgar dan miskin dengan disiplin kehidupan. Mula hidup nafsi-nafsi, hilang semangat kejiranan dan setiakawan.
Bila hidup tiada disiplin Islam ini dibiarkan, maka semakin kerosakan menjalar dan menular, sedikit demi budaya timur yang sopan dilupakan. Mulalah menyusup budaya songsang seperti seks haram, LGBT, black metal, hinggalah membawa kepada peperangan  -  umpama selipar dan kasut yang berteraburan itu.
Kita tidak lagi menjadi bangsa yang digeruni, malah berpecah-pecah, bertaburan dan tiada arah tujuan seperti lalang ditiup angin. Itulah akibatnya bila hidup tidak berdisiplin dan  tiada pimpinan, musuh tidak lagi gentar.  Hadis menyebut  ”Kamu ramai tetapi ibarat buih di lautan”

Orang biasa pula, bila masuk ke dalam rumah, atau surau dan masjid, kasut dibuka. Berteraburlah kasut dan selipar saling bertindihan tidak kira saiz. Bercampur aduk.. Bila keluar, hendak mencari kasut atau selipar sendiri pun sukar -kadang-kadang kerana sudah bertaburan disarungkan sahaja mana yang muat hingga terpakai milik orang lain. Atau berlaku terpakai selipar atau kasut berlainan saiz, bentuk atau pasangan. Ini banyak berlaku di surau atau masjid. Inilah akibatnya apabila meninggalkan disiplin Islam yang indah dan cantik.
Bukankah indah dan menarik jika kita boleh mendisiplinkan diri semua orang atau suatu jemaah supaya menyusun selipar atau kasut. Kesan  disipilin ini sehinggakan orang akan terpegun malah orang kafir pun boleh masuk Islam. Itulah hebatnya IsIam, tiada yang kecil dalam Islam. Walaupun nampak kecil tapi impaknya sangat besar seperti yang pernah diceritakan dalam sejarah Islam bagaimana dengan hanya membetulkan saf dan bersugi mampu membawa kemenangan dalam peperangan.
Oleh itu marilah kita disiplinkan diri kita dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-sebesarnya agar kita menjadi contoh umat untuk abad ini.
Ajaibnya.. pengikut-pengikut toifah pimpinan Abuya Fata at Tamimi telah dididik  perihal menyusun selipar dan kasut. Setiap kali masuk ke rumah, musolla atau mana-mana premis, kasut atau selipar yang dipakai, dibuka lalu dipusingkan menghala keluar pintu rumah. Ini memudahkan sewaktu keluar rumah, terus saja disarungkan tanpa perlu memusingkan badan.
Sesungguhnya, dengan niat untuk memperlihatkan indahnya Islam, disiplin susun kasut telah mencetuskan satu fenomena luar biasa.
Di zaman Al Arqam ramai ibu bapa menghantar anak mereka untuk dididik di sekolah-sekolah Arqam ketika itu, hanya kerana tertarik dengan keindahan dispilin susun selipar atau kasut para pelajar. Indahnya susunan selipar itu, menampakkan indahnya akhlak si pemiliknya. Lebih jauh lagi, kemas dan tersusunnya selipar itu menggambarkan kemas dan tersusunnya barisan pejuang di bawah pimpinan Abuya.
Begitulah, bila mana sesuatu hal itu dibuat kerana Tuhan, maka Tuhan akan campur tangan. Kepada orang Islam akan datang rasa kasih dan sayang serta tertarik dengan perjuangan. Dalam hati musuh pula, Allah campakkan rasa gerun seperti  yang tercetus di hati Judith Nagata, seorang Yahudi, yang telah memberi amaran kepada  Kerajaan Malaysia tentang gerakan Al Arqam yang bakal menjadi ‘political power’ jika tidak dibendung ketika itu.
Itulah hasil dari didikan Abuya hanya melalui kasut dan selipar. Budaya susun selipar itu sangat cantik dan indah tapi tiada siapa yang peduli . Seperti yang dinyatakan di atas tadi, telah juga diceritakan oleh ramai tetamu yang datang  ke rumah anak-anak buah di bandar Abuya,  bilamana melihat kasut dan selipar yang tersusun kemas, jatuh hati mereka kepada ahli rumah dan mereka merasakan penghuni rumah ini tentulah orangnya berdisplin. Bila diberitahu inilah Islam, mereka jadi yakin yang Islam itu memang satu agama yang benar, tersusun dan indah.
Seperti disebut tadi, sejarah pernah menceritakan iktibar suatu peperangan di zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Al Khatab ra. Apa yang terjadi, setelah berperang beberapa lama, tiada kelihatan tanda-tanda Islam akan menang atau musuh akan kalah. Maka khalifah pun memeriksa para tenteranya. Di malam hari khalifah bangun meninjau khemah tenteranya  dan didapati  ada di antara tenteranya yang tidak bangun solat malam. Sewaktu bersembahyang pula, khalifah melihat ada barisan saf yang tidak lurus. Dan bila ditanya kepada mereka adakah mereka bersugi setiap kali hendak bersolat, maka jawabannya juga tidak.  Dan setelah Khalifah mengarahkan semua keadaan ini diperbetulkan, maka akhirnya kemenangan pun berpihak kepada tentera Islam.
Kalau dilihat di sudut  lahiriahnya, apalah kaitan bersugi dengan strategi untuk mengalahkan musuh dalam peperangan? Tetapi yang  kecil itu jika dibuat dengan istiqamah lebih-lebih lagi untuk kebersihan sewaktu bersembahyang, maka akan jatuhlah pandangan rahmat Tuhan.
Begitulah juga dengan kasut dan selipar yang tersusun. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Abuya Putra Bani Tamim berjaya mendidik seluruh pengikutnya dari sekecil-kecil pekara hinggalah kepada sebesar-besar pekara.  Kasut dan selipar tersusun cantik di semua nurseri, tadika, sekolah rendah, asrama, pejabat, premis perniagaan serta rumah. Sudah pastilah pemakainya yang berbagai rupa, jantina, warna kulit dan fizikal juga mudah dididik untuk takutkan Tuhan hingga menjadikan Yahudi sangat takut, kerana pasti susunan hati pengikut-pengikutnya juga turut hebat.
Begitulah ajaibnya.. Kasut oh kasut.. Selipar oh selipar…
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengenal Personaliti ANDA tanpa anda ketahui.

........antaranya

1. Kasut (bersepah atau tersusun kemas)
2. Cara makan terutama di dalam dulang.
3. Bermusafir
4. Keadaan Bilik Air Di rumah & Pejabat.
5. ....banyak lagi cara....

sekian, semoga mendapat ilmu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.