Tuesday 10 December 2013

Satey Tulang

Uniknya malaysia ada pelbagai jenis masakan, dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Kali ini nak bercerita pasal satey.  Satey adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sebabnya bila buat open hourse sempena Aidil Fitri, satey adalah menu yang paling cepat habis berbanding menu yang lain.

Kini terdapat pelbagai jenis satey antaranya:

1. satey ayam
2. satey daging lembu
3. satey daging kambing
4. satey daging rusa
5. satey daging arnab
6. satey perut lembu
7. satey hati ayam
8. satey sotong
9. satey tulang
10. satey udang

masa kanak-kanak, satey yang paling sedap bagi saya ialah satey sotong, sebab saiz sotong yang kecil amat lembut dimakan. Tapi bila dewasa, susah nak cari satey sotong itu, nanti kena buat sendiri dirumah.

Pada 10 Disember 2013, berpeluang merasai satey tulang,  bila dah try ia seperti makan leher ayam yang dibakar sebab ada tulang.  Bagi kanak-kanak tidak digalakkan sebab takut tercekik tulangnya. Awas.

Banyak jenama satey yang ada di Malaysia, antaranya Satey Kajang, Satey Hj Samuri, Satey Tulang Jelebu, Sate Hud-hud Tg Karang.

Boleh dikatakan, setiap negeri, setiap daerah pasti ada satey yang popular.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.