Friday 23 September 2011

Basikal Tua Kini Bernilai (Siri 1)

Ini catatan untuk dijadikan bukti sekiranya ada isu berlaku dikemudian hari.

Pada 8 September 2011 dalam pukul 4.30petang hingga 4.38petang, telah menerima panggilan telefon
daripada sepupuku mr halim dari nombor 013-4391 391 bertanya tentang basikal tua milik ku yang kini tersadai di kampung.

Beliau mahu basikal tua itu untuk menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Di Perak. Kerana minat beliau mahu menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dengan geng pemilik basikal tua. Sudah lama beliau mencari kini beliau menemui satu peluang yang akan menjadikan hasratnya tercapai.

Beliau mahu basikal tua yang tersadai itu sama ada dibeli ataupun dibagi percuma sahaja.

Setelah ku pikirkan akhirnya idea kreatif pun muncul untuk memastikan basikal tua itu masih milik ku selamanya walaupun telah berubah wajah.

inilah ideanya:

1. basikal tua itu kekal menjadi milik ku selamanya (sehingga kiamat)
2. sebarang kos pengubahsuaian oleh sepupuku itu dia tanggung dan diri ku tidak akan membayar kos itu walaupun basikal itu ku gunakan dimasa akan datang.
3. Sepupuku ku beri satu amanah untuk menjaga dan menggunakan basikal itu.


Basikal tua itu menyimpan 1001 catatan sejarah ke atas hidupku.
1. ia hadiah arwah ayahku semasa ku memasuki tingkatan 6 bawah.
2. ia telah ku bawa ke UTM, Skudai semasa menuntut kursus integrasi sains komputer.
3. seluruh jalan raya di kampus UTM Skudai telah ku jelajahi dengan  mengayuh basikal tanpa berhenti mengayuh termasuk bukit yang tinggi dan curam.
4. basikal ini memiliki 3 speed kelajuan.
5. gambar basikal tua ku ini ada di selit di dalam tesis sarjana muda ku di UTM, carilah jika berpeluang.
6. Basikal tua ini pernah diukur oleh warga UTM bagi menghasilkan prototype basikal solar.


Tunggu di lain waktu gambar basikal tua ku berubah wajah akan menghiasi blog ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.