Wednesday 8 August 2012

Kelab Peminat Sampul Duit Raya Hj Nasir

Pada 9 Ogos 2012, ditubuhkan secara tidak rasmi Kelab Peminat Sampul Duit Raya Hj Nasir bagi mengumpulkan individu yang menjadikan sampul duit raya suatu hobi dan koleksi peribadi.

Wartawan Sinar Harian sedang mengambil gambar untuk disiarkan di akhbar Sinar Harian.


 Sampul duit raya yang awal disimpan bermula pada tahun 1986, inilah pertama kali dimuatkan di internet dan seterusnya di akhbar sinar harian.

sampul duit raya telah lama dikeluarkan oleh pelbagai pihak bagi memudahkan memberi duit raya kepada penerima. Ia umpama sampul ang pau pada perayaan tahun baru cina juga.

saya mula mengumpul sampul duit raya semasa di sekolah rendah, seingat saya sampul duit raya pertama yang saya simpan pada tahun 1986.  Ia keluaran Malayan Banking.




kepada pembaca blog ini yang mahu menjadi ahli Kelab Peminat Sampul Duit Raya Hj Nasir,
sila hantar secara pos 5 sampul duit raya yang berbeza corak yang tertera nama organisasi yang punya.

berserta 4 maklumat berikut untuk pendaftaran sebagai ahli kelab.

      # nama penuh
      # tarikh lahir
      # nombor telefon bimbit (handphone)
      # alamat surat menyurat. 
           (untuk pos hadiah misteri)

setiap pengirim akan diberi hadiah misteri dan akan diberi secara pos ke alamat surat meyurat di atas.




sila hantar ke alamat dibawah ini :

Kelab Peminat Sampul Duit Raya Hj. Nasir
No 48, Jalan Gemilang 2,
Kg Jaya Setia
45600 Bestari Jaya
Selangor.

email : kelabsampulduitraya@yahoo.com



Jadikanlah penyimpan sampul duit raya sebagai hobi kerana ia mudah diperolehi dan tiada kos untuk mendapatkanya.

Hj. Nasir 
012-7711 621
kelabsampulduitraya@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.