Monday 27 August 2012

Rezeki Sampul Duit Raya 10 peket Umpama Rezeki Perniagaan

jalan-jalan sekitar taman segambut sppk, segambut bagi mencari sampul duit raya terpakai yang telah dibuang untuk menambah koleksi.

step pertama kene reky dahulu...macam army. 
step kedua, mark/tandakan lokasi yang dikesan ada sampul duit raya yang dibuang.
step ketiga, kembali ke lokasi yang di mark/ tanda dan ambil sampul duit raya berkenaan.

sedang ambil sampul duit raya berkenaan...ada seorang lelaki menyapa dan bertanya 'tengah buat apa"

ku jawab "kutip sampul duit raya'

dibalasnya 'tak payah ambil yang dah dibuang, mari sini ambil yang baru'

Pucuk dicita ulam mendatang...singgahlah kerumahnya.....

diberinya 10 peket sampul duit raya UOB Bank.

Inilah orang yang pemurah berkenaan : Mr Nan.


apa kaitan sampul duit raya dengan perniagaan?

inilah kaitannya:

sampul duit raya itu umpama perniagaan. ada pelbagai jenis rekabentuk yang dihasilkan umpama pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, bengkel kereta, pasar raya, kedai gambar, restoran, gerai makan, gerai buah-buahan dan sebagainya.

dalam berniaga ada peluang dan ruang.

peluang dalam mendapatkan pelanggan, memasarkan produk dan perkhidmatan, peluang membesarkan perniagaan, peluang mempelbagaikan produk dan perkhidmatan, peluang menyelesaikan masalah yang timbul dan peluang meningkatkan inovasi dan kretiviti.

ruang untuk menggunakan idea marketing yang pelbagai.

itulah kaitannya.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.