Tuesday 26 July 2011

Perniagaan juga perlu Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)

Kini Sektor Kerajaan diwajibkan memiliki Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) dalam bentuk berdokumen untuk rujukan semua yang terlibat.

Ini adalah page hadapan slide penerangan PKP.
Ini adalah sebahagian peserta bengkel PKP yang terlibat menyediakan perkara berkenaan.

Dunia perniagaan sungguh luas, semenjak zaman Nabi Adam a.s. sehingga kini pelbagai peristiwa berlaku. Sama ada suka, duka, sedih, gembira, terperanjat, terkejut dan sebagainya. Itulah "Warna-Warna Kehidupan".

Perniagaan melalui pusingan roda seperti jam, ada waktu ia berada di atas (top), ada waktu di bawah (bottom), ada waktu menurun, ada waktu menaik. Bagi seorang berstatus USAHAWAN BERJAYA, mereka telah melalui semua ini. Lihatlah contoh (pengasas resepi KFC, pengasas jenama Sendayu Tinggi, pemilik syarikat Beras Faiza, Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman, pemilik Ramli Berger, Kehebatan Empayar Perniagaan Global Ikhwan dan jutawan senyap di pasar malam).

Apabila perniagaan merosot, Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan perlu dilaksanakan. Perancangan long-term telah disediakan semasa perniagaan bermula dan semasa perniagaan berada di atas (top). Jangan lewat menyediakan keperluan semasa perniagaan merosot, nanti rugi besar yang akibatnya gulung tikar.

Akhir kata, ingat 5 sebelum datang 5
muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sibuk
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.