Sunday 24 July 2011

Urusan Perkahwinan juga ibarat Urusan dalam Perniagaan

Sabtu, 23 Julai 2011 yang lalu, saya telah hadiri kenduri kawin anak sedara yang mengajar di Sarawak, Nurul Huda. Meriah majlisnya walaupun tiada bunyi kompang kerana menghormati jiran yang dilanda kesedihan, ahli keluarga meninggal dunia. Inilah "warna-warna kehidupan".
 Itulah dia Nurul Huda, pengantin perempuan, lokasi lensa di surau berhampiran rumah pengantin perempuan. Upacara nikah tidak dijalankan di masjid kerana kawasan sekitar masjid tidak dapat dimasuki kerana sedang berlangsung Pasar Sabtu. Siapa singgah Chenderong Balai, Perak pada pagi Sabtu, boleh mai singgah pasar sabtu ye...
Inilah dia pengantin lelaki berasal dari Terengganu sedang melalui prosidur biasa bagi urusan akad nikah. 
 Para ibu-ibu sedang membantu sebagai ahli pasukan menyediakan keperluan untuk ramuan istimewa masakan majlis.
-
 Para petugas lelaki mengenakan tema pakaian kuning bersih 2.0 sebagai trent terkini sebaga kenangan supaya detik dan tarikh keramat ini sentiada di ingati. 
Tiada rotan akar pun berguna, bagi petugas lelaki yang tiada baju kuning bersih 2.0, mereka memakai baju kuning kosong supaya nampak team work, sehati sejiwa.  Ikut trent semasa. Warna kuning itu warna DIRAJA dan warna yang ada di Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
Ini adalah gelagat 3 orang panglima yang akan menggegar dunia di zaman Imam Mahdi memerintah dunia
Urusan Perkahwinan ibarat Urusan Perniagaan, nampak pelik tapi ada kebenarannya. Mari saya cerita.

1. untuk memiliki status berkahwin, yang bujang perlu mencari pasangannya yang sesuai.
2. setelah ditemui calonnya perlu dirisik, setelah dirisik jika sesuai dipinang. seterusnya bertunang, akhirnya di ijab qabul (nikah). barulah sah status berkahwin.
3. setelah berumahtangga, pelbagai perkara manis, masam, pahit, kelat, suka, duka dan lain-lain rasa dilalui.
4. ada yang kekal hingga akhir hayat, ada yang berpisah kerana meninggal dunia dan ada yang bercerai.

Perniagaan sama jua ceritanya, Mari saya cerita.
1. untuk memilih perniagaan yang secocok dengan kita, perlu dicari dari utara, selatan, timur dan barat.
2. setelah ditemui calonnya, perlu dirisik, setelah itu barulah dipilih. 
3. apabila dah dipilih kita akan penuhi syarat yang diperlukan supaya perniagaan itu bergerak.
4. perlu modal (diri sendiri, rm, ilmu, mentor, teknologi)
5. setelah berniaga, pelbagai perkara manis, masam, pahit, kelat, suka, duka dan lain-lain rasa dilalui.
6. ada yang kekal hingga akhir hayat, ada yang separuh jalan dan ada yang gulung tikar punca diri sendiri.

inilah pandanganku untuk renungan pembaca budiman, yang baik silalah jadikan contoh untuk diamalkan.
yang anda tidak setuju, jadikanlah ia sebagai sebahagian "warna-warna kehidupan"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.