Friday 14 October 2011

Kafe Ikhwan Bukit Beruntung

 Kafe Ikhwan Bukit Beruntung terletak bersebelahan Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Hulu Selangor dan sebaris dengan Balai Polis Bukit Beruntung.
 Antara menu adalah Laksa Penang, Laksa Asam, Cucur Udang, Cakoi, Roti Canai, Sup Daging, Sup Tulang dan Roti Canai.



 Inilah generasi pelapis yang menyediakan roti canai, peminat roti canai boleh mendapatkan roti ini sama ada waktu pagi mahupun waktu malam.
Roti Canai Kafe ini cukup lembut dan tidak terlalu nipis ketebalannya.  Ia masih mengekalkan kualitinya walaupun pekerja yang membuatnya adalah generasi pelapis.

Bagi yang mahu mencuba, melalui Lebuhraya PLUS berikut adalah panduan untuk ke Kafe Ikhwan:

1) sila keluar melalui Tol Bukit Beruntung.
2) Belok ke kiri apabila tiba di persimpangan selepas tol yang ada lampu isyarat.
3) Terus apabila jumpa lampu isyarat ke dua yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pengedaran TESCO.
4) Apabila nampak deretan kedai di sebelah kanan anda, sila ambil simpang ke kanan.
5) Kafe Ikhwan terletak di deretan kedai berkenaan.

Selamat mencuba menu yang mereka tawarkan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.