Sunday 2 October 2011

Warna-warna Kehidupan Di Janda Baik, Pahang

Kawan menghadiri kursus di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Ini adalah sebahagian gambar yang kawan ambil untuk renungan kita bersama. 


Setiap gambar itu mempunyai seribu satu makna.

 Gerai makan kawan singgah sebelum sampai di resort diusahakan oleh dua orang adik beradik
 Inilah dia mereka iaitu Siti Aminah dan Siti Haryani.
 Sambil melihat pemandangan di sepanjang jalan, singgah di gerai goreng pisang bersebelahan dengan sepohon pokok machang. Sedap goreng pisangnya.
 Inilah sebahagian pemandangan yang boleh dilihat dan dirasai di Janda Baik. Lokasinya berdekatan Masjid Kampung di Janda Baik.

 Gambar ini ku ambil sebagai kenangan, lihatlah mereka ceria dan happy bila ku halakan lensa kamera yang simple ini. Mereka ini telah selesai kelas sesi pagi, manakala petangnya mereka akan membuat latihan bagi persiapan sukan sekolah mereka.

 Lihatlah pokok betik, P. Ramlee kata PAYAPA dalam filem Ahmad Albab. sungguh cantik disusun oleh pengusahannya.
 Kesian kepada pili bomba ini yang rebah....dan belum dibaiki kerana tiada siapa membuat aduan atau dalam tindakan.
 Apakah dia sistem retikulasi? nak tau sila gunakan seach engine seperti GOOGLE.

 Keunikan pintu pagar yang menggunakan sumber alam dan free kosnya iaitu gunakan buluh sahaja.
 Inilah alat yang digunakan untuk menggali kubur bagi memasukkan jenazah yang meninggal dunia seperti yang digunakan di Perkuburan Putrajaya Presint 20.
Inilah gambar pokok orkid species yang paling mahal di Malaysia, iaitu orkid harimau (tiger orkid).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.