Monday 17 October 2011

Tips Penjimatan Minyak (Petrol & Disel) (Siri 2 of 2)

Jumpa lagi kepada pembaca blog ini. Kali ini disambung siri 2 bagi Tips Penjimatan Minyak (Petrol & Disel).

11. PASTIKAN kenderaan diselenggara dengan baik.
Why : supaya kenderaan dalam keadaan yang terbaik (Tip Top)
Amalkan : Servis kenderaan mengikut jadual. (5,000km atau 10,000km) sekali servis.

12. PERIKSA penapis udara dan penapis minyak petrol.
Why : supaya bekalan udara dan petrol yang diterima oleh enjin anda optimum kuantitinya.
Amalkan : TUKAR setiap 40,000km.

13. ELAKKAN melalui kesesakan jalan raya sebaik mungkin.
Why : menyebabkan penggunaan petrol yang lebih.
Amalkan : Rancang perjalanan terlebih dahulu.

14. MATIKAN enjin ketika sedang menunggu.
Why : untuk kurangkan pembakaran bahan api.
Amalkan : JANGAN biarkan enjin kenderaan hidup semasa aktiviti menunggu.

15. GUNAKAN tayar yang low profile dan mempunyai special rubber compound.
      (Grip tinggi rintangan kurang)
Why : ia dapat mengurangkan rintangan yang perlu dihadapi oleh kenderaan.
Amalkan : Gunakan tayar yang mempunyai grip tinggi dan rintangan kurang.

16. PAKAI rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kenderaan.
Why : ia elakkan enjin menerima beban yang berlebihan.
Amalkan : GUNAKAN rim tayar yang telah disediakan oleh pengeluar kenderaan anda.

17. ISI minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
Why : ia dapat mengurangkan bahan api termeluwap dan kurangkan kuantiti angin memasuki tanggi.
Amalkan : JANGAN mengisi minyak secara terburu-buru.

18. MEMBUAT isian semula minyak apabila takat munyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
Why : Mengurangkan minyak yang termeluwap di dalam tangki.
Amalkan : Sentiasa pastikan isian semula minyak apabila didapati aras bacaan belum capai separuh tangki kenderaan.

19. Jangan membawa barang terlalu banyak.
Why : pertambahan beban berlaku, bebanan ke atas enjin bertambah dan mengakibatkan penggunaan minyak bertambah.
Amalkan : bawa barang yang perlu sahaja.

20. ELAKKAN mengisi minyak ketika lori tangki mengisikan tangki stesen minyak.
Why : Kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak.
Amalkan : Pastikan hanya singgah mengisi minyak di stesen minyak yang tiada urusan menambah minyak oleh lori tangki.

Sekian, selamat mencuba tips. 








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.